Sunday, August 5, 2012

Istimewanya Ramadhan Al-Mubarak


Alhamdulillah,bersyukur pada Allah diberikan kesihatan menghadapi bulan keberkatan dan kecintaan kita. Bulan Ramadhan adalah bulan yang memiliki keutamaan dan keistimewaannya.



Di dalam bulan inilah al-Qur’an diturunkan. Di dalam bulan inilah pintu-pintu Syurga dibuka manakala pintu-pintu Neraka ditutup. Di dalam bulan ini ada malam al-Qadr, iaitu malam yang mulia yang memiliki kebaikan melebihi seribu bulan. Di dalam bulan inilah umat Islam diperintahkan agar berpuasa yang dengannya terkandung pelbagai kebaikan.