Wednesday, February 4, 2009

Hidup mati bersama orang yang di Cinta~


Cinta oh cinta... Ungkapan yang manis jika kita mengetahui rahsia disebaliknya...

Dari Anas r.a. dia berkata, "Seorang lelaki mendatangi Rasulullah s.a.w dan berkata, "Wahai Rasulullah, bilakah datangnya kiamat?" Beliau menjawab, "Apa yang telah kamu persiapkan untuk menghadapinya?" Dia menjawab, " Cinta pada Allah dan Rasul-Nya". Kemudian beliau bersabda,

"Sesungguhnya kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai".

Friday, January 23, 2009

Ciri-ciri Seorang Muslim

Sebagai seorang muslim yg beriman, seharusnya kita mempunyai prinsip dan dasar dalam beragama. Bagi mengenali apa ciri-ciri seorang muslim yang sebenar, dia haruslah memiliki ciri-ciri berikut:

Friday, January 9, 2009

15 Perkara yg Wajib Umat Islam Tahu

15 Prinsip Dasar (Manhaj) Ahli As-Sunnah Wal Jamaah
(oleh Ust. Ismail Omar)
 

1. Manhaj ar-Rasul dan para Sahabat
ASWJ berpegang teguh kepada manhaj ar-Rasul SAW sewaktu hidupnya dan manhaj para Sahabat selepas darinya. Manhaj itu adalah Al-Quran Al-Karim yang diturunkan oleh Allah kepada Rasul-Nya. Seterusnya Rasul-Nya menerangkan dan menjelaskan kepada sahabat-sahabatnya dalam hadith-hadith sahih. Sekalian Muslimin diarah supaya berpegang teguh kepada keduanya iaitu Al-Quran dan Al-Hadith.

Thursday, January 1, 2009

Dimana Allah?

Ramai masih keliru tentang persoalan 'dimana Allah?'. Manusia selalu bersifat ingin tahu terhadap sesuatu, namun bukan semua perkara kita diberi pengetahuan tentangnya. Allah membataskan ilmu kita mengenai perkara ghaib dan begitu juga dirinya. Allah mengutuskan kepada kita Rasul supaya mengajar manusia kalimah syahadah dan mengajarkan kita Islam supaya kita beriman dengan Allah dan utusanNYA~ Muhammad s.a.w

Tuesday, December 30, 2008

ALLAH SELAMATKANLAH ISLAM!!!!



Tiga hari berturut-turut umat Islam dihentam dan dibunuh secara kejam dibumi Palestin. Bumi yg pernah menjadi kiblat awal umat Islam sebelum berlaku peristiwa pertukaran kiblat dari Baitulmaqdis ke Baitullahilharam di Mekah kini penuh dengan derita dan kemusnahan. Marilah kita sama-sama doakan moga Allah menghapuskan Yahudi dari bumi umat Islam dan moga Allah memberi kekuatan kepada saudara kita yg sudah tidak keruan dan berjuang dalam tangisan air mata dan darah.