Tuesday, May 12, 2009

Ahbash dibongkar kesesatannya

Seorang tokoh ulamak terkenal di bidang aqidah al-Syeikh Dr. Safar al-Hawali telah ditanya tentang kumpulan Ahbash adakah mereka ini di kalangan ahli sunnah wal jamaah seperti mana yang didakwa oleh mereka:
Syeikh menjawab:

Sesungguhnya mereka yang beraqidah dengan aqidah yang sahih di Lubnan sering diperangi oleh setiap puak yang dengki dan iri hati terhadap ahli sunnah wal jamaah.

Seperti yang kamu semua ketahui, di Lubnan kesemua kumpulan dan agama yang wujud di atas muka bumi ini semuanya ada di Lubnan. Di tambah pula dengan masyarakat ahli sunnah yang berlumba-lumba di dalam perkara yang bid’ah dan kesesatan yang banyak.

Antara perkara yang disebarkan di sana ialah Aqidah Jahmiyyahyang buruk yang berselindung di sebalik Asy’ariyyah. Kamu semua mengetahui perbezaan Aqidah Abu al-Hassan al-Asy’ari yang telah kembali kepada Aqidah ahli sunnah wal Jamaah dengan Aqidah Jahmiyyah yang mereka ini menafikan bagi Allah itu sifat-sifat. Lalu mereka menafikan sifat al-Uluw (ketinggian) bagi Allah,

Sunday, May 3, 2009

Beberapa Pendapat Imam Syafie



Apabila disebut nama Imam Syafie, rata-rata umat Islam mengenalinya. Apatah lagi di negara seperti Malaysia, yang majoriti umat Islam bermazhab Syafie. Pun begitu, ada pendapat atau pegangan Imam besar ini yang tidak popular di negara kita, atau sengaja tidak dipopularkan. Antaranya:
1) Imam Syafie berakidah Allah Taala berada di atas Arasy.
Imam Syafie berkata: “Pegangan dalam sunnah yang aku berada di atasnya, dan dipegang oleh mereka yang aku temui seperti Sufian, Malik dan lain-lain ialah menyaksikan bahawa tidak ada Tuhan yang sebenar selain Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah, dan Allah berada di atas arasyNya di langitNya, mendekati makhlukNya sebagaimana Dia kehendaki, turun ke langit dunia sebagaimana Dia kehendaki”. Al-Uluw oleh Al-Zahabi (hlmn: 165), Ijtima’ Al-Juyusy Al-Islamiyyah (hlmn: 165).
2) Imam Syafie menegaskan kewajipan beriman dengan segala sifat Allah, dan sifat Allah hendaklah dipelajari melalui syarak, bukan dengan akal.

Kata Imam Syafie:

Monday, April 20, 2009

Untaian Nasihat Peringatan buat Wanita

Dari Ibnu ‘Umar r.a bahwa Nabi Shalallahu’alahiwassalam bersabda:
“Wahai para wanita! Bersedekahlah dan perbanyaklah beristighfar. Sebab aku melihat kalian sebagai majoriti penghuni Neraka.
“Seorang wanita dari mereka bertanya: “Mengapa kami menjadi majoriti ahli Neraka?
“Beliau menjawab:”Kerana kalian banyak melaknat dan mengingkari suami. Aku tidak melihat orang yang kurang akal dan agamanya yang mengalahkan orang yang mempunyai fikiran dari pada kalian.
“Ia bertanya: “Apakah kurang akal dan agama itu?
“Beliau menjawab: “Persaksian saksi dua orang wanita sama dengan persaksian seorang lelaki, dan beberapa hari (dalam sebulan) dia tidak melaksanakan shalat (karana haidh).
(HR.Al-Bukhari, al-adabul Mufrad (no.1048), dan syaikh al-Albani mengatakan bahwa sanadnya hasan. Lihat as-Silsilah ash-Shahiihah (no.823)

Tuesday, March 17, 2009

Mazhab VS SUNNAH

Sangatlah bermanfaat bagi kita untuk membaca perkataan para Imam madzhab yang empat (Madzhab Hanafi, Madzhab Maliki, Madzhab Syafi’,i dan Madzhab Hambali), Agar kita selalu mengikuti Sunnah dan meninggalkan perkataan serta pendapat-pendapat yang menyelisihi Sunnah walaupun bersumber daripada mereka sendiri (Para Imam Madzhab).
Hal ini merupakan bantahan terhadap orang-orang yang jauh dari ilmu agama dan selalu taqlid buta (mengikut tanpa melihat hujah), dimana mereka sering berkata ” Kalau bukan pendapat Imam Syafi’i, maka aku akan menolaknya” . Ada pula dikalangan masayrakat lebih selesa dengan mazhab nenek moyang ertikata(apa yang ditinggalkan nenek moyang)biarlah bertentangan dengan hadis namun yang mustahak iainya nenek moyang , ada pula mengatakan 
"kenapa nak membuat perubahan , bukankah tok-tok kita sudah lama buat perkara itu!!!apa..nenek- nenek kita sesatkah?”inilah yang dilemparkan bilamana kita mengajaknya mendekatkan diri kepada Al-Quran Hadis."
Sedangkan Imam Syafi’i dan Imam Hambali juga Imam-imam yang lain, tidak pernah sekalipun mengajarkan kepada para pengikut-pengikutnya, untuk fanatik buta kepada mereka.

Monday, March 9, 2009

Sambutan Maulidur Rasul atau Hari Kelahiran Nabi SAW. dari kaca mata Islam.

بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam keghairahan menyambut hari yang dianggap berharga bagi umat Islam masa kini iaitu hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, ramai yang terlupa bahawa sambutan itu dari mana puncanya. Adakah benar pelaksanaannya?

Awalnya, malam kelahiran Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam adalah tidak diketahui secara pasti, tapi sebagian ulama kontemporeri memastikan bahawa ianya pada malam kesembilan Rabi'ul Awal, bukan malam kedua belasnya. Kalau demikian, perayaan pada malam kedua belas adalah tidak benar menurut sejarah.