Dari Jarir bin Abdillah radhiallahu anhu dia berkata:
مَا حَجَبَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُنْذُ أَسْلَمْتُ وَلَا رَآنِي إِلَّا تَبَسَّمَ فِي وَجْهِي
“Sejak aku masuk Islam, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah menolak aku untuk duduk bersama beliau. Dan tidaklah beliau melihatku kecuali beliau tersenyum kepadaku.” (HR. Al-Bukhari no. 6089 dan Muslim no. 4523)
Dari Abdullah bin Al Harits bin Jaz`i radhiallahu anhu dia berkata:
مَا رَأَيْتُ أَحَدًا أَكْثَرَ تَبَسُّمًا مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
“Aku tidak pernah melihat seseorang yang paling banyak senyumannya selain Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.” (HR. At-Tirmizi no. 3641)
Friday, November 26, 2010
Tuesday, November 2, 2010
Sirah Ibrahim a.s dan Syariat Muhammad SAW pada Ibadah Korban
Malah bulan yang mulia ini juga dihiasi dengan puasa sunnat pada Hari Arafah
Dari Abi Qatadah r.a berkata, Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda :
صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ، أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِيْ قَبْلَهُ، وَ السَّنَةَ الَّتِيْ بَعْدَهُ
“Puasa
pada hari ‘Arafah, aku berharap kepada Allah agar menghapuskan
(dengannya) dosa-dosa pada tahun lalu dan tahun yang akan datang” (HR.Muslim)
Lalu diikuti dengan Hari Raya Haji yang padanya umat Islam menyambutnya dengan penuh kemeriahan. Malah pada hari yg Agung tersebut Allah turunkan syariat korban kepada kita umat Islam. Terlakar kisah sejarah Agung Ibadah Korban didalam Al-Quran yang boleh dijadikan pengajaran bagi umat Islam dan juga sebagai pengutus semangat bagi kita mendirikan ibadah yang mulia ini.
Disini saya muatkan buku bertajuk "Keutamaan 10 Hari Pertama Bulan Dzulhijjah & Tuntunan Qurban" oleh Syaikh Abdullah bin Abdurrahman al-Jibrin dan Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin untuk download klik gambar buku dibawah.
1-Setelah Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s berpindah dari negeri kaumnya, beliau memohon kepada Allah s.w.t supaya dikurniakan seorang anak yang soleh, lalu Allah s.w.t mengembirakannya dengan mengurniakan seorang anak yang cantik iaitu Nabi Ismail a.s yang dilahirkan ketika Nabi Ibrahim a.s berumur 86 tahun.
Setelah Nabi Ismail a.s meningkat dewasa, Nabi Ibrahim a.s telah bermimpi menyembelih anaknya, dimana telah ditetapkan bahawa mimpi para Nabi adalah Wahyu. Ini merupakan ujian yang besar daripada Allah s.w.t terhadap Nabi Ibrahim a.s sebagaimana firman Allah s.w.t:
Sunday, May 23, 2010
19 Perkara yg Merosakan Amalan
1. Kufur, Syirik, Murtad, dan Nifaq.
Wahai orang Muslim, wahai hamba Allah! Ketahuilah, siapa yang mati dalam keadaan kafir atau musyrik atau murtad, maka segala amal baik yg dilakukan tidak ada manfaatnya untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Allah berfirman: "Barangsiapa yang murtad diantara kamu dari agamanya, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya" [Al-Baqarah: 217].
"Barang siapa yang kafir sesudah beriman (tidak menerima hukum-hukum Islam), maka terhapuslah amalannya dan ia diakhirat termasuk orang-orang yang rugi." [Al-Maidah: 5].
Thursday, May 6, 2010
Membedah Pemikiran Salaf
Ciri para ulama salaf dan ciri khas manhaj mereka secara ringkas :1. I’timâd (berpegangnya) mereka dengan nushus (nash-nash) al-Kitab dan as-Sunnah dengan pemahaman yang shahih mengikut kefahaman salafussoleh, dan interaksi mereka terhadap nash-nash ini yang tercermin dalam kehidupan mereka, baik dalam amal dan ilmu, baik dalam perkataan dan perbuatan, secara zhahir dan bathin, sesuai batasan firman Allah Azza wa Jalla :
وَمَا آَتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا“Apa saja yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, Maka tinggalkanlah.” (QS al-Hasyr : 7)
2. Niat yang lurus dan tujuan yang baik terhadap semua hal yang mereka lakukan dan yang mereka tinggalkan. Disertai dengan kesabaran, hikmah dan al-Mau’izhah al-Ĥasanah (pelajaran/nasehat yang baik) yang dianggap merupakan asas utama di dalam menegakkan dakwah Islam.
Perangkap Syaitan dan Cara Melepasinya
Ibnu Qoyyim Al-Jauziyah menyebutkan ada enam tahap yang dilalui perjalanan dakwah setan iaitu:
Tahap pertama
Pengkafiran atau pemusyirikan manusia. Jika yang didakwahi itu dari kalangan muslimin, maka setan akan melangkah ketahapan dakwah berikutnya.
Tahap kedua
Pembid’ahan. Iaitu menjadikan menusia sebagai Ahlul bid’ah. Seandainya yang diajak mengikutinya dari kalangan Ahli Sunnah, maka dimulailah tahap ketiga.
Subscribe to:
Posts (Atom)

