Sunday, December 28, 2008

Dimana kita?





Bismillahirrahmanirrahim...


Segala puji bagi Allah yg Maha Pemurah kepada semua mkhluk-Nya dan Maha Mengasihani pada umat Islam khususnya... Dengan nikmat Islam yang kita kecapi moga-moga kita semua tergolong dikalangan hamba Allah yg bertaqwa.



Umat Islam kini dilanda pelbagai fitnah. Biarpun dilihat ramai yg bangun melawan arus kerosakan namun tidak kurang juga yg tenggelam dalam ujian keduniaan yg menipu tanpa kita sedari. Istilah betul dan salah kini disalah tafsirkan. Umat Islam tidak lagi tahu membezakan apa yg benar dan apa yg salah. Kekeliruan makin berleluasa. Keaslian dan ketulenan Islam semakin terhakis apabila arus pemikiran umat Islam dilanda virus kejahilan dan kejumudan.



Ikatan ukhuwah dan persaudaraan yg dibina oleh Nabi s.a.w. kini menjadi sebaliknya. Umat Islam sendiri menjadi duri dalam daging menikam saudara seislam dari belakang. Perpecahan yg merupakan agenda utama orang kafir telah berjaya dan mereka terus merosakan dan menutup lubang cahaya dari umat Islam. Mereka ingin membawa umat Islam bersama-sama didalam dunia gelap mereka. Dunia tanpa sinar hidayah dan Iman. Mereka ingin menghapuskan kalimah Tauhid yg agung dari hati-hati umat Islam. Pelbagai cara mereka lakukan. Apa yang pastinya umat Islam tidak akan tewas kecuali yg lemah pendirian dan Imannya. Ayuh bangun para daien membela agama ini. Tegakkan kalimah LAILAHAILLALLAH" dimuka bumi Allah.



Selepas kita dipanaskan dengan isu blog yg menggunakan nama adibah ahmad, mengkritik secara lantang dan bersahaja keatas insan termulia dan paling kita cintai diatas muka bumi kini timbul pula isu pembunuhan umat Islam dipaletstin sebanyak 302 orang semalam dan letupan keatas stesen komunikasi Hammas secara seluruhnya. Hampir seribu orang umat Islam lagi cedera parah. Yahudi yg terkenal dengan sifat kejam sejak ribuan tahun terkenal sebagai pembunuh Nabi-Nabi dan orang Islam. Mereka menindas dan umat Islam terus ditindas.
Sudah puas saudara kita disana menanngung beban penyiksaan. Kekejaman Yahudi terhadap diri dan maruah mereka ditahap yg kritikal. Ketika ini harapan mereka adalah pertolongan saudara Islam mereka.
Dimana kita ketika saudara kita dalam kesusahan?

Apakah pertolongan yg kita mampu?


Sekurang-kurangnya hulurkanlah kalimah doa pada saudara Islam mu ini. Sesungguhnya pertolongan Allah adalah sekuat-kuat pertolongan bg mereka.



Saya memohon dan mengajak semua sahabat sama-sama mendokan kemenangan utk saudara kita yg berjuang menghadapi musuh Islam dan Moga Allah menegakkan hati dan kaki kita diatas jalan yg benar. Wasalalla waslama nabiyyina Muhammad wa ala ahlihi wasahbihi wasallam. Walhamdulillah hi rabbil alamin.