Hampir reda isu penangkapan DRMAZA didalam media bercetak, namun dihati para rakyat Islam Malaysia ia masih segar diingatan. Kita melihat isu ini sebagai suatu yg serius. Mana mungkin seorang ulama diperlakukan seperti beliau seorang penjenayah.
Saya tidak mahu mengulas isu penangkapan seorang tokoh Agama bernama Dr Mohd Asri Zainal Abidin, kerana bagi saya sudah memadai penjelasan yang padat dari pihak beliau dan pihak-pihak yg lain. Saya disini hanya mampu mengatakan bahawa isu tauliah ini sudah tidak rasional apabila seorang yg mempunyai pengiktirafan Negara dalam bidang Agama ditangkap. Apa yg menyedihkan dia ditangkap dan difitnah.