Hampir reda isu penangkapan DRMAZA didalam media bercetak, namun dihati para rakyat Islam Malaysia ia masih segar diingatan. Kita melihat isu ini sebagai suatu yg serius. Mana mungkin seorang ulama diperlakukan seperti beliau seorang penjenayah.
Saya tidak mahu mengulas isu penangkapan seorang tokoh Agama bernama Dr Mohd Asri Zainal Abidin, kerana bagi saya sudah memadai penjelasan yang padat dari pihak beliau dan pihak-pihak yg lain. Saya disini hanya mampu mengatakan bahawa isu tauliah ini sudah tidak rasional apabila seorang yg mempunyai pengiktirafan Negara dalam bidang Agama ditangkap. Apa yg menyedihkan dia ditangkap dan difitnah.
Saya melihat bahawa setiap ujian yg datang ini pasti ada hikmah. Mungkin selepas peristiwa ini,hal keaagamaan umat Islam akan lebih diberi perhatian oleh masyarakat umum dan kerajaan. Moga umat Islam diMalaysia lebih peka pada isu Agama dan berusaha mengkaji Agama ini berlandaskan petunjuk Al-Quran dan AL-Hadis.
Selain itu, hikmah dari isu ini juga adalah jelas bahawa tauliah perlu diselarasakan dan perlu dikaji semula perlaksanaannya. Saya merasakan bahawa tauliah sememangya patut dikecualikan kepada Mufti dan ahli akedemik yg diiktiraf, kerana mereka ini adalah org yg tertinggi didalam insitusi Agama. Pada pandangan saya jika mereka pun perlu mengambil tauliah, ini seakan-akan kelayakan mereka diragui. Isu tauliah ini perlu dikaji semula.
Saya juga melihat hikmah dari peristiwa ini, seperti yg diutarakan dalam dewan parlimen baru-baru ini(klik sini) iaitu mereka bersuara mengenai semua aspek termasuk masalah remaja Islam dan masalah pakaian wanita Islam yg perlu diberi perhatian. Kerajaan dilihat mula membangkitkan perihal isu salah laku dalam Agama. Mungkin kita boleh katakan lebih layak remaja yg berjalan berpakaian tidak senonoh diSelangor ditangkap, bukan salah menangkap tokoh Agama yg disegani.
Disamping itu, pihak Majlis Fatwa kebangsaan harus mengambil peluang yg ada ini bagi memperkukuhkan undang-undang Agama dinegara kita. Perkasakan sistem Agama dan leraikan isu keagamaan yg berlaku dinegara kita. Jika Majlis Fatwa mengharamkan sesuatu, pastikan perkara itu dibereskan dari pandangan mata rakyat Malaysia. Ini merupakan satu hikmah yg besar, moga peluang yg ada ini tidak dipersiakan kerana rakyat Malaysia sekarang dalam keadaan bersedia untuk mendengar isu Agama Islam di Malaysia.
Jangan kerana isu ini kita semua berpecah, namun ambil lah peluang ini untuk berubah. Kita umat Islam dianjur untuk pendamaian bukan perpecahan. Bersatulah kita diatas manhaj Nabi SAW dan para shabat baginda, kebahgiaan pasti milik kita semua.
Abu Najih, Al ‘Irbad bin Sariyah ra. ia berkata : “Rasulullah telah memberi nasihat kepada kami dengan satu nasehat yang menggetarkan hati dan membuat airmata bercucuran”. kami bertanya ,"Wahai Rasulullah, nasihat itu seakan-akan nasihat dari orang yang akan berpisah selamanya (meninggal), maka berilah kami wasiat" Rasulullah bersabda, "Saya memberi wasiat kepadamu agar tetap bertaqwa kepada Alloh yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia, tetap mendengar dan ta'at walaupun yang memerintahmu seorang hamba sahaya (budak). Sesungguhnya barangsiapa diantara kalian masih hidup niscaya bakal menyaksikan banyak perselisihan. karena itu berpegang teguhlah kepada sunnahku dan sunnah Khulafaur Rasyidin yang lurus (mendapat petunjuk) dan gigitlah dengan gigi geraham kalian. Dan jauhilah olehmu hal-hal baru karena sesungguhnya semua bid'ah itu sesat." (HR. Abu Daud dan At Tirmidzi, Hadits Hasan Shahih)
Moga Allah merahmati kita semua dan menjauhi dunia Islam dari difitnah.
No comments:
Post a Comment