Berkata Syiekh DR. Robi' bin Hadi al-Madkhali dalam kita at-taasub al-dzamim wa atsarohu:
Sesungguhnya sebahagian ulama' telah menjelaskan kerosakan yang disebabkan oleh manusia yang fanatik kepada mazhab-mazhab atau golongan-golongan tertentu. Ibn Qayyim Al-Jauziyyah, beliau menjelaskan kerosakan sebagai berikut:-
1. Menolak nas yang kuat(sahih) dari Al-Quran dan as-Sunnah kerana fanatik kepada golongan, dan kadang kala meraskan cukup dengan pendapat saja.
Penulis berkata: "Begitulah kenyataannya,banyak pengikut terkena tipu daya oleh pemimpinnya sehinggakan Agama adalah apa yg dikatakan oleh pemimpinnya".
2. Mengambil hadis lemah dan palsu sebagai dasar untuk mempertahankan pendapatnya, bahkan mereka berdusta dan berani menyandarkan sesuatu pada Nabi SAW iaitu membuat hadis2 palsu untuk mendukung pendapatnya.
Penulis berkata:
Hal ini bercanggah dalam prinsip mengambil dalil, kita menekankan ketepatan dan kesahihan dalil sebelum mengikutinya. Tindakan org fanatik ini adalah suatu jenayah terhadap Agama.
Hal ini bercanggah dalam prinsip mengambil dalil, kita menekankan ketepatan dan kesahihan dalil sebelum mengikutinya. Tindakan org fanatik ini adalah suatu jenayah terhadap Agama.
3. Mendahulukan pendapat orang yg dianggap berilmu zaman sekarang berbanding ilmu ulama' salafus soleh.
Penulis berkata: "Ini terjadi kerana ulama salaf dianggap tidak tahu fiqhul waqi' dan politik, dituduh dgn tuduhan yg tidak benar"
4. Terjerat dgn pendapat org tertentu, dan enggan mengambil ilmu atau kebenaran mazhab yg lain, enggan mendengar nasihat ulama', kerana fanatik(taasub) kepada pemimpinnya.
Penulis berkata: "Ramai pemimpin yg rosak akhidah dan moralnya, namun disebabkan dirinya pemimpin, dia dijadikan role model oleh rakyatnya"
5. Umumnya ketetapan atau dasar setiap golongan bercanggah dgn dalil syarak malahan mereka membencinya.
Penulis berkata: "Benar hal ini, kerana apabila mengundi suara mejoriti yg akan mengangkat pemimpinnya, bukannya pemimpin dipilih berdasarkan ketetapan atau prinsip kepimpinan mengikut syarak.
6. Tersebarnya taqlid, jumud dan tertupnya pintu ijtihad.
Penulis berkata: "Para pengikut yg fanatik membenarkan segala yg disampaikan oleh pemimpinnya tanpa ada pertimbangan akal yg sihat, benar atau salah tidak dinilai dgn dalil Al-Quran dan As-Sunnah, namun mengikut buta tanpa ilmu."
No comments:
Post a Comment