Dari Pena buat Teman:
Disebabkan hari jumaat sudah menghampiri kita, maka saya terpanggil untuk mengulas berkenaan isu menolak tabung ketika imam berkhutbah bersesuai dengan permintaan teman saya untuk mengulas hal ini yang dirasakan 'salah' bagi pandangan beliau. Ini bukanlah isu utama penulisan saya kali ini, namun apa yg ingin ditekankan adalah berkenaan kedudukan khutbah jumaat itu sendiri.
Ulasan kali ini bukanlah mengelakan umat Islam dari bersedekah, namum membetulkan kesalahan 'bersedekah' ketika Imam berkhutbah.
Sebelum mengulas lanjut berkenaan hal ini, sedikit kelebihan bersedekah ingin saya senaraikan disini berdasarkan pembacaan dan pengamatan saya:
1. Sedekah dapat merapatkan hubungan silaturrahim dan kemanusiaan.
2. Sedekah dapat mengurangkan permasalahan kemisikinan.
3. Sedekah dapat mendatangkan kegembiraan dan memupuk sikap toleransi.
4. Sedekah dapat memberi ketenangan pada jiwa pemberi sedekah dan penerima sedekah.
5. Sedekah dapat memupuk kasih sayang dalam hati insan.
6. Sedekah dijanjikan balasan berlipat kali ganda oleh Allah Azzawajal.
7. Sedekah yg ikhlas akan menjadi penaung dari cahaya matahari dipadang mahsyar kelak.
8. Sedekah mencuci dosa orang yg menghulur sedekah.
9. Sedekah dapat membersihkan jiwa.
dan banyak lagi. Untuk mengikuti huraian tentang sedekah, klik disini Menyingkap Rahsia Sedekah
Peringatan berkenaan Meminta Sedekah
Islam melarang umatnya meminta-minta dan memohon sedekah, malah Islam menekankan umatnya bekerja dan berusaha mencari rezeki dengan titik peluh sendiri.
Rasulullah -Shallallahu alaihi wa sallam- telah memperingatkan akan bahaya atau balasan terhadap orang yang meminta-minta. Bahwasanya Rasulullah -Shallallahu alaihi wa sallam- bersabda: