Tuesday, March 2, 2010

Tangkap Penceramah Tanpa Berfikir

Lama sudah jari jemari ini tidak terpanggil untuk melakar coretan disini, masa berlalu begitu pantas, untunglah manusia yg mengisinya dengan perkara berfaedah, manakala rugilah bila manusia membiarkan ia berlalu tanpa manfaat.

Firman Allah Azzawajal didalam surah Al-Asr:- Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman, dan mengerjakan amal saleh, dan nasehat- menasehati supaya menetapi kebenaran, dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran. (Al-A'sr 1-3)
 
Hari ini saya terpanggil untuk berbicara berkenaan isu penangkapan seorang penceramah atau pendakwah diMalaysia yg ditahan, ditangkap oleh pihak Jabatan Agama Negeri Sembilan JHEAINS dan Polis baru-baru ini.

Satu tindakan yg jelas tidak didasari oleh akal. Bila suatu tindakan dilakukan tanpa berfikir, ia menjadi suatu kerugian besar pada Agama.

Kenyataan Media Yg Bercanggah Berikutan Isu Penangkapan Penceramah DI Madrasah Ittiba' Al- Sunnah Kuala Pilah

Didalam kenyataan yg dikeluarkan oleh Media berhubung isu penangkapan UFB di Madrasah atau Maahad Ittiba Us Sunnah baru-baru ini, pihak MIS menyatakan kenyataan itu bercanggah dan tidak benar. Berikut adalah untaian dari percanggahan kenyataan media dan kenyataan pihak Maahad Ittiba' Us Sunnah(MIS) sendiri.Perbezaan ini dilihat sangat ketara dan pihak yang memutarkan fakta pasti ada jawapan disebalik semua ini. Allah maha mengetahui sesuatu yg tersembunyi. Mungkin hai ini mereka terlepas dihadapan kita, namun kelak,diakhirat sana akan dipaparkan kesemuanya. Bersama meneliti teks dibawah.