Tuesday, March 2, 2010

Tangkap Penceramah Tanpa Berfikir

Lama sudah jari jemari ini tidak terpanggil untuk melakar coretan disini, masa berlalu begitu pantas, untunglah manusia yg mengisinya dengan perkara berfaedah, manakala rugilah bila manusia membiarkan ia berlalu tanpa manfaat.

Firman Allah Azzawajal didalam surah Al-Asr:- Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman, dan mengerjakan amal saleh, dan nasehat- menasehati supaya menetapi kebenaran, dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran. (Al-A'sr 1-3)
 
Hari ini saya terpanggil untuk berbicara berkenaan isu penangkapan seorang penceramah atau pendakwah diMalaysia yg ditahan, ditangkap oleh pihak Jabatan Agama Negeri Sembilan JHEAINS dan Polis baru-baru ini.

Satu tindakan yg jelas tidak didasari oleh akal. Bila suatu tindakan dilakukan tanpa berfikir, ia menjadi suatu kerugian besar pada Agama.


Seorang penceramah yg berwibawa dalam penyampaian, sering memberi seminar didalam negara dan diluar negara, di insitusi kerajaan,di sekolah-sekolah, di Universiti-universiti di Malaysia, dan diperingkat antarabangsa ditahan kerana dikatakan gagal mendapatkan tauliah. Apakah perlu penahanan dilakukan ketika beliau berceramah. Sungguh jelek dan tidak beradab bila seorang yg dikagumi ketokohan dijatuhkan dan dimalukan didalam sebuah majlis Ilmu yg melibatkan orang awam hadir untuk mendapatkan faedah daripadanya. Seakan-akan mereka menangkap sebuah kelompok ajaran sesat yg sedang berceramah. Perbuatan ini sungguh melampau. Seakan-akan ia mempunyai agenda tertentu atau sesuatu disembunyikan. Kenyataan dari Jabatan Agama juga bercanggah dari kenyataan pihak MIS. Sila rujuk pada post lepas, KLIK.

Tindakan Jabatan Agama dalam menahan beliau bukanlah suatu tindakan yg bijak malah merugikan insitusi dakwah diMalaysia sendiri. Saya tertanya- tanya apakah motif penangkapan beliau? Mereka bila ditanya adakah ia berkaitan 'wahabi', mereka mengatakan ia berkaitan tauliah, jika benarlah berkaitan tauliah mengapa harus dihentikan majlis sedemikian rupa. Dimana adab dikalangan ahli Agama!!!

Tidak serik dengan kes penangkapan DRMAZA oleh JAIS, kini mereka pula ingin melakukan kesilapan yg sama seperti dilakukan oleh JAIS, dari pandangan umum tindakan mereka bersifat mencari populariti dikalangan masyarakat, walhal perkara ini jelas merugikan masyarakat.

Penghormatan harus diberi kepada ahli ilmu, yg tertangkap hari ini bukanlah pelajar sekolah, namun seorang yg berada diperingkat PHD didalam bidang hadis, adakah ini belum cukup untuk mendapat penghomatan dari jabatan Agama.

Benarlah ungkapan 'setiap pejuang pasti ada penentangnya', jika hari ini seorang pejuang dakwah As-Sunnah ditangkap tidak bermakna beliau salah, kerana kebenaran adalah disisi hujjah dari akal yg sihat, bukan dari penangkapan dan kezaliman pada insan. Lihatlah betapa ramai ulama terlakar pada sejarah ditangkap seperti, Imam Ahmad yg ditangkap,dsiksa dan dipukul, Imam Al-Barbahari ditangkap dan dirobek matanya, Ibn Taimiyah, ditangkap dan mati dipenjara, namun mereka semua adalah Imam yg mulia, diiktiraf ketokohan mereka. Penjara bukan bukti kelemahan bagi org yg ditangkap namun kelemahan bagi org yg menangkap. 

"Dinding-dinding penjara sempit yg mengurung cendiakawan Agama tak menghalang keluasan pemikiran dari diri mereka, malah mereka lebih mulia dari orang yg berada dibumi yg luas namun sempit pemikirannya. Allah maha bijaksana, memberi kelebihan dan hidayah pada sesiapa yg dikehendakiNYA"


Saya disini menyeru kepada pihak yang bertanggungjawab menilai semula berkenaan isu tauliah dinegara Malaysia yg tercinta ini. Saya berasa agak hairan bilamana tauliah menjadi isu berat sedangkan fungsi tauliah adalah untuk menapis orang yg tidak berilmu memberikan ceramah. Selayaknya tauliah diberi secara percuma kepada orang-orang yg mempunyai nama dan pengiktirafan diMalaysia. Moga Allah memberi hidayahNYA pada kita semua dan menetapkan hati kita diatas Iman.

Takutlah, sesungguhnya bila hamba Allah dizalimi, nescaya balasan Allah adalah pasti ke atas orang yg bertindak menjatuhkan mereka.

Tingkatkan ketaqwaan kita pada Allah Azzawajal, renungilah masa depan umat Islam diMalaysia, jika hal sebegini masih diteruskan, skop dakwah akan semakin sempit dan masa depan dakwah Islam akan makin suram.


Wallahua'lam.. Sekadar pandangan dari hati yg sedih mengenangkan nasib ummah di Malaysia.

No comments: