Monday, November 9, 2009

Islam dan diri kita...

Bila terbaca penulisan media hari ini yg berbicara isu Agama, seakan-akan membawa tafsiran bahwa umat Islam diMalaysia belum jelas dengan Agama yg dianuti. Mungkin ramai dari umat Islam diMalaysia bergelar muslim atas dasar ibu dan ayahnya seorang muslim atau mungkin kerana ia Agama turun temurun dari datuk moyang mereka. Segala perbezaan pandangan didalam hal fiqh dan ibadah dikatakan sesat pada hari ini. Digelar dengan Wahabi dan sebagainya. Ini semua adalah fitnah dan kata-kata yg kosong dari akal yang tidak sihat.

Saya tidak pasti, mungkin
ini hikmah dari peristiwa fitnah baru-baru ini. Kita dapat melihat bahawa ramai umat Islam termasuk ahli-ahli Agama belum jelas atau keliru dengan Agama ini.