Bila terbaca penulisan media hari ini yg berbicara isu Agama, seakan-akan membawa tafsiran bahwa umat Islam diMalaysia belum jelas dengan Agama yg dianuti. Mungkin ramai dari umat Islam diMalaysia bergelar muslim atas dasar ibu dan ayahnya seorang muslim atau mungkin kerana ia Agama turun temurun dari datuk moyang mereka. Segala perbezaan pandangan didalam hal fiqh dan ibadah dikatakan sesat pada hari ini. Digelar dengan Wahabi dan sebagainya. Ini semua adalah fitnah dan kata-kata yg kosong dari akal yang tidak sihat.
Saya tidak pasti, mungkin ini hikmah dari peristiwa fitnah baru-baru ini. Kita dapat melihat bahawa ramai umat Islam termasuk ahli-ahli Agama belum jelas atau keliru dengan Agama ini.
Benarlah kata Nabi SAW bahawa kita semua berada dikurun fitnah. Maka ingatlah pesanan Nabi supaya kita berpegang pada sunnah baginda dan para sahabat. Gigitlah ia dgn gigi garham yg bermaksud, peganglah sunnah itu bersungguh-sungguh.
Marilah kita menilai semula Islam dari akarnya iaitu aqidah.
Subhanallah, sesuatu yg sukar difahami dan perlu kepada muhasabah diri bagi setiap umat Islam tentang persoalan Aqidah. Mungkin jika saya bertanyakan kepada pembaca, apakah tafsiran bagi syahadah,mungkin ramai mampu menjawab dengan mudah, namun pastikah semua orang diluar sana seperti kita disini? Jika saya bertanya apakah syarat syahadah, mungkin ramai yg terfikir sejenak dan mungkin ada yg menekanya tanpa kepastian dari hati.
Walhal ini merupakan perkara asas dalam Agama, mana mungkin seorang yg bergelar muslim belum jelas akanunsur yg terpenting pada Agama iaitu Aqidah.
Kata seorang ulama' Islam:
"Ketahuilah Islam ini adalah Agama yg pintar,
Membawa Ummah berfikir,
Membawa kebaikan bg umatnya,
Agama yg ringkas dan mudah,
Agama yg sempurna & penuh hikmah,
kerana ia datang dgn petunjuk...."
Bila mana ia datang dgn petunjuk maka jadikanlah petunjuk iaitu Al-Quran dan Hadis Nabi SAW yg soheh sebagai petunjuk bagi kita dalam memahami apa itu Islam dan apa itu syahadah yg melabelkan seseorang sebagai penganut Agama yg mulia ini.
Ketahuilah wahai pembaca sekalian bahawa perkara terpenting didalam beragama adalah TAUHID, kerana pengesaan pada Allah dan suci dari pensyirikan adalah syarat penerimaan amalan dan ibadah.
Kita dijadikan oleh Allah untuk menyembahNYA. Firman Allah:
“Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.”
(Adz Dzariyat:56).
dan kita dilarang mensyirkkanNYA. Firman Allah:
“Janganlah kamu menjadikan bersama Allah sembahan yang lain, agar kamu tidak menjadi terhina lagi tercela” (Al Isra’: 22).
Kita perlu memahami konsep penyembahan iaitu dgn memahami AQIDAH kita. AQIDAH atau TAUHID ini perlu kita contohi Nabi SAW dan para sahabat baginda. Pelajarilah ilmu ini, kerana ia adalah perka yg berguna bagi kita sebagai perisai dari neraka jahanam. Sabda Nabi SAW:

dari Ubadah bin Shomit Radhiallahu’anhu berkata: Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda:
“Barang siapa yang bersyahadah bahawa tidak ada Illah yang berhak disembah dgn benar selain Allah saja, tiada sekutu bagiNya, dan Muhammad adalah hamba dan RasulNya, dan bahawa Isa adalah hamba dan RasulNya, dan kalimatNya yang disampaikan kepada Maryam, serta Ruh dari padaNya, dan surga itu benar kewujudannya, neraka juga benar kewujudannya, maka Allah pasti memasukkanya ke dalam surga,atas amal yang telah diperbuatnya”. (HR. Bukhari & Muslim)
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan pula hadits dari Itban Radhiallahu’anhu bahwa Rasulullah SAW bersabda :
“Sesungguhnya Allah Subhanahu wata’ala mengharamkan neraka bagi orang-orang yang mengucapkanلا إله إلا الله dengan ikhlas dan hanya mengharapkan (pahala melihat) wajah Allah”.
Hadis-hadis diatas menjadi bukti kepada pentingnya syahadah seorang muslim. Syahadah ini meliputi kepercayaan pada hati(iktiqad) iaitu dgn membenarkan Aqidah, pengakuan dengan lisan dan perlaksanaan melalui amalan.Maka pelajaran tauhid akan menjelaskan kepada kita sebab kita diciptakan oleh Allah dan bagaiman cara beriman pada Allah Azzawajal.
Jadi saya disini menyeru kepada semua pembaca agar kita mempelajari Aqidah kita berlandaskan dalil dan nas yg soheh. Kerana Agama Islam datang dengan petunjuk, bukan direka cipta. Pastikan kita mempelajari aqidah yg berlandaskan petunjuk bukan berlandaskan akal dan hawa nafsu. Mereka yg mendakwa mereka benar Aqidahnya haruslah membuktikan Aqidah tersebut disandarkan pada para Salaf. Pelajarilah Aqidah para Salaf. Moga kita tergolong dari kalangan firqah al-najiyaah.
Moga Aqidah kita menjadi perisai bagi kita semua diakhirat kelak. InsyaAllah.
1 comment:
nice post..~
Post a Comment