Wednesday, May 13, 2009

Wanita dan Penghargaan Islam Buat Mereka

oleh: Abu Abdillah Al-Madani

Bila diperhatikan sejarah lampau, wanita merupakan suatu bangsa atau kaum yang ditindas. Mereka dijadikan penghibur dan diperlakukan pelbagai kekejaman ke atas mereka seakan akan mereka tidak ada nilai diatas muka bumia Allah. Betapa lemahnya kaum ini dan peritnya mereka melalui hari-hari yang duka hinggalah datangnya penyelamat mereka iaitu ISLAM.

Datangnya Islam memberi Perhatian yang khusus bagi wanita, Islam bukan sahaja memberi PERHATIAN, malah PENJAGAAN, PERLINDUNGAN, juga mengembalikan MARUAH mereka sebagai kaum yg lemah.

Islam memberikan garis panduan dan batasan-batasan yang menjadi tembok pemisah antara dunia gelap mereka dahulu dan memberi kehidupan selesa kepada kaum hawa ini dalam dunia baru iaitu dunia bercaya, cahaya iman, cahaya Islam.
Islam datang dikala orang-orang jahiliah membenci wanita dan menindas mereka dengan teruk.

Firman Allah SWT:-
Maksudnya:- Dan apabila seorang mereka diberi khabar dengan kelahiran anakperempuan, hitamlah(merah padam) mukanya dan dia sangat marah. (surah an-Nahl: ayat 58)

Mereka memandang hina pada anak-anak perempuan, dan kelahiran cahaya mata itu merupakan satu perkaara yg memalukan, lalu mereka menanamnya hidup-hidup. Sedihnya nasib wanita ketika itu. Datangnya Islam lantas mengharamkannya dan mengajak manusia supaya meninggikan darjat wanita dan menegakkan kemuliaanya.

Firman Allah SWT lagi:-
Maksudnya:- Dan apabila bayi-bayi perempuan dikuburkan hidup-hidup, ditanya: Kerana dosa apakah mereka ini dibunuh? (surah al-Takwir:ayat 8-9)

Sukar untuk kita membayangkan betapa hati batunya mereka ini, namun inilah hakikat pengkhabaran dari Al-Quran yg haq kepada kita.


Alhamdulillah.. bersyukurlah duhai wanita....

Kemudian Sabda Nabi Muhammad SAW:-

Maknanya:- Barangsiapa menanngung pemeliharaan dua orang anak perempuan sehingga dewasa, maka ia datangpada hari khiamat, dan dia bersama aku seperti dua jari ini, Nabi kemudiannya menggabungkan jari-jarinya. (riwayat Muslim)

Subhanallah, lihatlah Islam... Betapa Nabi memberi penghargaan kepada wanita dengan menjamin bagi sesiapa yg melindungi wanita dengan ganjaran yg paling mulia iaitu seiringan dengan Nabi dihari khiamat kelak. Tidak syak lagi, syurgalah janji bagi mereka-mereka yang menjaga kaum yg lemah ini.

Dan Sabda baginda SAW lagi:-
Maknanya: Barangsiapa yang diuji sesuatu dari urusan anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka gadis-gadis itu menjadi pelindungnya dari api neraka. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Wahai para mulimah yg dikasihi...... Renungkanlah, apakah yang indin disampaikan disebalik kedua-dua hadis ini? Tidak lain, sesungguhnya Nabi kita yg dicintai menyeru agar lelaki-lelaki Islam berbuat baik pada wanita sekaligus mengangkat martabat wanita ke tempat yg baik.

Bukan itu sahaja malah Islam datang dikala orang kafir tidak memberi harta pusaka kepada kaum wanita, lalu Islam memberikan kepada hak-hak mereka dalam harta pusaka sama ada banyak ataupun sedikit. Ia ditimbang dengan adil dan sangat padan. Berdosalah jika wanita mempertikaikan kasih sayang yang ditaburkan oleh Islam pada mereka. Janganlah dipertikaikan harta yang diberikan padahal ianya dihalusi begitu adil oleh Nabi SAW. Ingatlah bahwa Nabi SAW adalah maksum dan segala apa yang datang dari baginda adalah yg terbaik dan dicintai serta diredhai Allah.

Firman Allah SWT:-
Maksudnya:-Bagi orang laki-laki ada hak bagian dari harta peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya, dan bagi orang wanita ada hak bagian (pula) dari harta peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya, baik sedikit atau banyak menurut bahagian yang telah ditetapkan. (surah al-Nisa' ; ayat 7)

Islam juga datang ketika mana kafir menjadikan wanita sebagai pusaka dan warisan sebagai paksa.

Firman Allah SWT:-

Maksudnya:-Hai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mempusakai wanita dengan jalan paksa.... (surah al-Nisa' ; ayat 19)

Zaman jahiliah dahulu, apabila wanita kematian suaminya, maka salah seorang waris suaminya datang lalu mencampakan sehelai kain lalu berkata: "Saya mengambilnya sebagai pusaka sebagaimana saya mempusakai hartanya". Jelas menunjukan kejamnya kafir, wanita tidak ada hak atas diri sendiri, lantaran harta-harta suami mereka jua bukan hak mereka. Kafir menjadikan wanita sebagai haiwan disisi mereka.

Lihatlah hingga kini, wanita-wanita kafir, betapa murahnya hidup mereka, diternak oleh iblis-iblis bertopengkan manusia, mereka bangga hidup seperti haiwan. Hinalah kita jika mencontohi wanita kafir.


Sedarlah dan bangunlah wahai wanita muslimah!!!!!! Bukankah kamu telah dikeluarkan dari dunia gelap suatu masa dahulu, janganlah kamu kembali dan merobohkan tembok yg dibina oleh Islam demi menjagamu dan melindungi mu.

Jika ingin saya teruskan melakar kekejaman kafir dan penindasan terhadap gadis-gadis, maka penulisan akan menjadi satu novel pilu untuk tatapan. Namun disini saya hanya ingin memperingati wanita muslimah yang mula rapuh dan cenderung kepada barat. Sesungguhnya syaitan memperlihatkan keburukan dan maksiat sebagi sesuatu yang lazat untuk manusia lupa tugasnya sebagai hamba Allah. Garis panduan yg dilakarkan oleh Nabi SAW yg sangat mencintai umatnya, haruslah kita patuhi agar kita tidak tergolong dari penghuni neraka jahanam yang pedih azabnya.
Dari Abdullah Ibn Mas'ud berkata: Rasulullah SAW melakar satu garis lurus dengan jari baginda, lantas bersabda: "Ini adalah jalan Allah yang lurus(benar)". Dan Nabi menggariskan lagi dikiri dan dikanan garis yang lurus tadi, kemudian bersabda: "Ini adalah subul(jalan sesat), tidaklah darinya jalan melainkan diatasnya Syaitan yang menyeru kepadanya." (riwayat Ahmad)

Marilah kita sama-sama seiringan berjalan diatas manhaj dan petunjuk Nabi SAW, berjalan diatas jalan yang lurus dan elakkan diri kita dari terikut dengan syitan-syaitan yang membawa kita menyimpang ke neraka.









Tuesday, May 12, 2009

Ahbash dibongkar kesesatannya

Seorang tokoh ulamak terkenal di bidang aqidah al-Syeikh Dr. Safar al-Hawali telah ditanya tentang kumpulan Ahbash adakah mereka ini di kalangan ahli sunnah wal jamaah seperti mana yang didakwa oleh mereka:
Syeikh menjawab:

Sesungguhnya mereka yang beraqidah dengan aqidah yang sahih di Lubnan sering diperangi oleh setiap puak yang dengki dan iri hati terhadap ahli sunnah wal jamaah.

Seperti yang kamu semua ketahui, di Lubnan kesemua kumpulan dan agama yang wujud di atas muka bumi ini semuanya ada di Lubnan. Di tambah pula dengan masyarakat ahli sunnah yang berlumba-lumba di dalam perkara yang bid’ah dan kesesatan yang banyak.

Antara perkara yang disebarkan di sana ialah Aqidah Jahmiyyahyang buruk yang berselindung di sebalik Asy’ariyyah. Kamu semua mengetahui perbezaan Aqidah Abu al-Hassan al-Asy’ari yang telah kembali kepada Aqidah ahli sunnah wal Jamaah dengan Aqidah Jahmiyyah yang mereka ini menafikan bagi Allah itu sifat-sifat. Lalu mereka menafikan sifat al-Uluw (ketinggian) bagi Allah,

Sunday, May 3, 2009

Beberapa Pendapat Imam Syafie



Apabila disebut nama Imam Syafie, rata-rata umat Islam mengenalinya. Apatah lagi di negara seperti Malaysia, yang majoriti umat Islam bermazhab Syafie. Pun begitu, ada pendapat atau pegangan Imam besar ini yang tidak popular di negara kita, atau sengaja tidak dipopularkan. Antaranya:
1) Imam Syafie berakidah Allah Taala berada di atas Arasy.
Imam Syafie berkata: “Pegangan dalam sunnah yang aku berada di atasnya, dan dipegang oleh mereka yang aku temui seperti Sufian, Malik dan lain-lain ialah menyaksikan bahawa tidak ada Tuhan yang sebenar selain Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah, dan Allah berada di atas arasyNya di langitNya, mendekati makhlukNya sebagaimana Dia kehendaki, turun ke langit dunia sebagaimana Dia kehendaki”. Al-Uluw oleh Al-Zahabi (hlmn: 165), Ijtima’ Al-Juyusy Al-Islamiyyah (hlmn: 165).
2) Imam Syafie menegaskan kewajipan beriman dengan segala sifat Allah, dan sifat Allah hendaklah dipelajari melalui syarak, bukan dengan akal.

Kata Imam Syafie: