Wednesday, July 1, 2015

Adakah Wajib membaca Al-Quran bertajwid?

Ramadhan bulan yang diturunkan padanya Al-Quran. Membaca Al Qur’an adalah amalan yang agung dan banyak keutamaannya. Dalam membaca Al Qur’an dikenal ilmu tajwid. Apa hukum ilmu tajwid ini? Apakah wajib membaca Al Qur’an dengan menerapkan kaedah-kaedah tajwid?

Definisi ilmu tajwid


Tajwid secara bahasa adalah mashdar dari jawwada-yujawwidu, yang ertinya membaguskan. Sedangkan secara istilah, Imam Ibnul Jazari menjelaskan:


الإتيان بالقراءة مجودة بالألفاظ بريئة من الرداءة في النطق ومعناه انتهاء الغاية في التصحيح وبلوغ النهاية في التحسين


“tajwid adalah membaca dengan membaguskan sebutannya, yang terhindar dari keburukan sebutan dan keburukan maknanya, serta membaca dengan maksimal tingkat kebenarannya dan kebagusannya” (An Nasyr fil Qira’at Al ‘Asyr, 1/210).


Beliau juga menjelaskan hakikat dari ilmu tajwid,


فالتجويد هو حلية التلاوة ، وزينة القراءة ، وهو إعطاء الحروف حقوقها وترتيبها مراتبها ، ورد الحرف إلى مخرجه وأصله ، وإلحاقه بنظيره وتصحيح لفظه وتلطيف النطق به على حال صيغته ، وكمال هيئته ; من غير إسراف ولا تعسف ولا إفراط ولا تكلف


“maka tajwid itu merupakan penghias bacaan, iaitu dengan memberikan hak-hak, urutan dan tingkatan yang benar kepada setiap huruf, dan mengembalikan setiap huruf pada tempat keluarnya dan pada asalnya, dan menyesuaikan huruf-huruf tersebut pada setiap keadaannya, dan membenarkan lafadznya dan memperindah sebutannya pada setiap konteks, menyempurnakan bentuknya. tanpa berlebihan, dan tanpa meremehkan” (An Nasyr fil Qira’at Al ‘Asyr, 1/212).

Hukum Ilmu Tajwid


Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin pernah ditanya, “apakah seorang Muslim boleh membaca Al Qur’an tanpa berpegangan pada kaedah-kaedah tajwid?”