Sejak bermulanya dakwah Islam yang dibawa oleh junjungan besar NabiMuhammad SAW pasti di sana adanya penentangan dan percubaan yang ingin menjatuhkannya.
Kaum Kafir Quraisy yang sentiasa ingin memerangi perjuangan baginda, puak-puak munafiq yang sentiasa mencari jalan untukmenjatuhkan Islam di atas nama Islam. Kesemua penentangan ini hanya disebabkan ungkapan kalimah tauhid yang diperjuangkan oleh Nabi SAW,“Lailaha illallah (tiada ILLAH yg berhak disembah dengan benar melainkan ALLAH)”.
Sunday, December 30, 2007
Salam Bicara
بسم الله الرحمن الرحيم
إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره
إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره
، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله
اللهم صلى على نبينا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
اللهم صلى على نبينا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
-: وبعد
Segala puji bagi Rabb semesta alam yang memberi petunjuk dan hidayah-Nya kepada kita dalam naugan cahaya Islam dan sesekali kita tidak akan dapat petujuk Allah jika Allah tidak mengizinkan,dan kita bersaksi bahawa tida Illah yg disembah dengan benar melainkan Allah yang Esa tida sekutu baginya dan pengsaksian bahawa Muhammad S.A.W hamba Allah dan Rasul-NYA.
Kita memohon kepada Allah agar kita sentiasa ditetapkan iman dan terus berdiri diatas landasan taqwa diatas petunjuk-Nya sampai ke akhir hayat...
Kita memohon kepada Allah agar kita sentiasa ditetapkan iman dan terus berdiri diatas landasan taqwa diatas petunjuk-Nya sampai ke akhir hayat...
InsyaAllah....
Sesungguhnya Allah berfirman didalam surah Ali-Imran Ayat 21 yg bermaksud:-
"Hai orang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepada-NYA, dan jaganlah sesekali kamu mati kecuali dalam keadaaan Islam."
Coretan ilmiah ini, saya lakukan atas dasar mengukuhkan kefahaman umat islam di Malaysia khususnya dan pada umat islam seluruhnya amnya, tentang islam yg haqiqi yang jelas dan tiada keraguan padanya... Kerana arus zaman kini dilanda dengan pelbagai fitnah dan pelbagai aliran yang menyimpang jauh dari Islam sebenar sepertimana disampaikan oleh baginda yang mulia Muhammad s.a.w.
Alangkah sedihnya kita apabila umat Islam dengan sewenang wenangnya memahami Islam dengan penafsiran zahir dan bersifat umum... Padahal, Islam haruslah difahami berlandaskan kefahaman salaf iaitu para sahabat Nabi r.a, para tabie'n, tabie-tabie'n. Diikuti seterusnya ulama-ulama Islam yang beramanah... bukannya pada akal kita yang jahil ini...
Moga Allah menjauhkan kita dari terjebak ke dalam kesesatan;
"Ya ALLAH, janganlah engkau palingkan hati-hati kami setelah Engkau berikan kami hidayah, dan berilah kepada kami dari sisi-Mu kerahmatan, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi."
(Ali-'Imran: 8)
Subscribe to:
Posts (Atom)