Sunday, December 30, 2007

Seruan Cahaya Islam

Sejak bermulanya dakwah Islam yang dibawa oleh junjungan besar NabiMuhammad SAW pasti di sana adanya penentangan dan percubaan yang ingin menjatuhkannya.

Kaum Kafir Quraisy yang sentiasa ingin memerangi perjuangan baginda, puak-puak munafiq yang sentiasa mencari jalan untukmenjatuhkan Islam di atas nama Islam. Kesemua penentangan ini hanya disebabkan ungkapan kalimah tauhid yang diperjuangkan oleh Nabi SAW,“Lailaha illallah (tiada ILLAH yg berhak disembah dengan benar melainkan ALLAH)”.


Begitulah rentetan sejarah umat Islamyang sentiasa diuji dengan pelbagai
jenis ujian yang besar. Pada zaman pemerintahan khulafa’ al-Rasyidin telah berlaku fitnah yang besar iaitu peperangan Jamal selepas pembunuhan Uthman r.a kemudiannya peperangan Siffin. Lahirnya kumpulan-kumpulan seperti khawarij, Syiah, Muktazilah,Murjiah dan sebagainya.Seterusnya tidak kurang hebatnyafitnah atau ujian yang sedang kita hadapi pada zaman ini, tidak cukupdengan apa yang ada muncul pula fahaman-fahaman yang cuba merosakkankesucian Aqidah umat Islam yangsememangnya sudah parah dan kritikal.Fahaman-fahaman yang sesat ini seperti, liberalisme, pluralisme dan sebagainya. Fahaman-fahaman ini merosakkan Aqidah umat Islam seperti yang kita dengari sekarang ini mengatakan semua agama adalah sama, kesemuanya menuju ke syurga dan bolehnya berkongsi raya,kumpulan artikel 11 yang ingin membatalkan kekuasaan mahkamah syariah dan tidak kurang hebatnya isu murtad yang melanda sekarang ini di negara kita.

Ditambah pula dengan bahana kerosakan akidah yang dibawa oleh pengikut al-ahbashy yang giat menular di Malaysia.. Mereka bertanggungjawab merosakkan aqidah umat Islam dengan mengelirukan aqidah umat Islam dan mencemarkan imej Islam dengan kalam dan penulisan yang kotor dan idea yang tidak sihat. Mereka ini juga melakukan jenayah ilmiah dengan memutar belitkan fakta dan menyebabkan perpecahan dikalangan umat Islam... Moga kita dijauhkan dari bahaya kerosakan aqidah ini.. Nauzubillah....


Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadis yang sahih:

...إن من أشراط الساعة ثلاثاً: إحداهُنَّ : أنيُلْتَمَسَ العلم عند الأصاغير

Maksudnya: Antara tanda-tanda kiamat itu tiga: salah satunya ilmu itu diambil atau dipelajari daripada ‘al-Asaghir’ (budak-budak kecil). Imam Abdullah ibn al-Mubarak ditanya siapakah mereka yang digelar al-Asaghir itu? Maka beliau menjawab: al-Asaghir itu ialah mereka yang hanyamenggunakan akal fikiran semata-mata.

Nabi SAW bersabda dalam hadis yang lain bermaksud “Akan datang ke atas umatku di akhir zaman tahun-tahun yang menipu, di mana seorang pendusta dikatakan benar, orang yang benar dikatakan penipu, pengkhianat dianggap amanah, orang yang amanah dianggap khianat. Tatkala itu akan berkata-kata golongan Ruwaibidoh.

Ditanya kepadaNabi SAW siapakah Ruwaibidoh,
Nabi SAWbersabda: Seorang yang lekeh bercakap dalam perkara yang besar atau agama.Inilah kelompok manusia yang sedang kita hadapi sekarang ini, mereka yang tidak diketahui latar belakang agamanya yang berlagak pandai menimbulkan perkara-perkara yang mengundang ke arah meruntuhkan aqidah umat Islam kini.

Walaubagaimanapun keyakinan kita terhadap hadis Nabi SAW yang menyejukkan hati para pendokong Sunnah ialah jaminan bahawa akan ada sekumpulan dari kalangan umat ini yang akan memperjuangkan kebenaran sehingga hari kiamat.

Ini berdasarkan sabda Nabi SAW :Maksudnya: Akan sentiasa ada sekumpulan manusia dari kalangan umatku yang berjuang di atas kebenaran sehinggalah datangnya hari Kiamat...
Moga kita tergolong didalam golongan yang dimaksudkan oleh Nabi, sebagai pendokong sunnah dan beramal berlandaskan al-quran dan al-sunnah al-sohehah dengan mengikut petunjuk salaf...

MOGA KITA MENDAPAT KASIH SAYANG DAN RAHMAT ALLAH SELALU DAN TERMASUK DALAMGOLONGAN YANG BERJAYA....

No comments: