Thursday, April 29, 2010

Azab Kubur dan Nikmatnya?

Apakah dalil berkenaan azab kubur dan nikmatnya daripada al-Sunnah?

Hadith-hadith sahih berkenaan perkara ini telah sampai ke tahap mutawatir.

Di antaranya ialah seperti berikut:

Hadith Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

(عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ حَدَّثَهُمْ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ) إِنَّ الْعَبْدَ إِذَا وُضِعَ فِي قَبْرِهِ وَتَوَلَّى عَنْهُ أَصْحَابُهُ وَإِنَّهُ لَيَسْمَعُ قَرْعَ نِعَالِهِمْ أَتَاهُ مَلَكَانِ فَيُقْعِدَانِهِ فَيَقُولَانِ مَا كُنْتَ تَقُولُ فِي هَذَا الرَّجُلِ لِمُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَمَّا الْمُؤْمِنُ فَيَقُولُ أَشْهَدُ أَنَّهُ عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ فَيُقَالُ لَهُ انْظُرْ إِلَى مَقْعَدِكَ مِنْ النَّارِ قَدْ أَبْدَلَكَ اللَّهُ بِهِ مَقْعَدًا مِنْ الْجَنَّةِ فَيَرَاهُمَا جَمِيعًا قَالَ قَتَادَةُ وَذُكِرَ لَنَا أَنَّهُ يُفْسَحُ لَهُ فِي قَبْرِهِ ثُمَّ رَجَعَ إِلَى حَدِيثِ أَنَسٍ قَالَ وَأَمَّا الْمُنَافِقُ وَالْكَافِرُ فَيُقَالُ لَهُ مَا كُنْتَ تَقُولُ فِي هَذَا الرَّجُلِ فَيَقُولُ لَا أَدْرِي كُنْتُ أَقُولُ مَا يَقُولُ النَّاسُ فَيُقَالُ لَا دَرَيْتَ وَلَا تَلَيْتَ وَيُضْرَبُ بِمَطَارِقَ مِنْ حَدِيدٍ ضَرْبَةً فَيَصِيحُ صَيْحَةً يَسْمَعُهَا مَنْ يَلِيهِ غَيْرَ الثَّقَلَيْنِ.[1


Maksudnya: "Sesungguhnya apabila seseorang hamba diletak di dalam kuburnya dan ditinggalkan oleh sahabat-sahabatnya sedang dia mendengar bunyi tapak kaki mereka, tatkala itu akan datang kepadanya dua malaikat yang akan mendudukkannya seraya berkata kepadanya:

Saturday, April 24, 2010

Puasa Jumaat?

Saya memuji, ruku' dan sujud kepada Allah yang Maha Besar. Saya bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad adalah utusan Allah. Selawat serta salam kepada Rasul SAW, beserta para keluarga, sahabat serta para pengikutnya hingga akhir zaman yang Allah meredhai mereka.

Saya ditanya oleh seorang teman persoalan mengenai puasa di hari jumaat? Adakah anda pernah dengar bahawa puasa dihari jumaat tidak boleh tunggal?

Thursday, April 15, 2010

Keutamaan Khutbah dan Larangan ketika Imam Berkhutbah

Dari Pena buat Teman:

Disebabkan hari jumaat sudah menghampiri kita, maka saya terpanggil untuk mengulas berkenaan isu menolak tabung ketika imam berkhutbah bersesuai dengan permintaan teman saya untuk mengulas hal ini yang dirasakan 'salah' bagi pandangan beliau. Ini bukanlah isu utama penulisan saya kali ini, namun apa yg ingin ditekankan adalah berkenaan kedudukan khutbah jumaat itu sendiri.

Ulasan kali ini bukanlah mengelakan umat Islam dari bersedekah, namum membetulkan kesalahan 'bersedekah' ketika Imam berkhutbah.

Sebelum mengulas lanjut berkenaan hal ini, sedikit kelebihan bersedekah ingin saya senaraikan disini berdasarkan pembacaan dan pengamatan saya:

1. Sedekah dapat merapatkan hubungan silaturrahim dan kemanusiaan.
2. Sedekah dapat mengurangkan permasalahan kemisikinan.
3. Sedekah dapat mendatangkan kegembiraan dan memupuk sikap toleransi.
4. Sedekah dapat memberi ketenangan pada jiwa pemberi sedekah dan penerima sedekah.
5. Sedekah dapat memupuk kasih sayang dalam hati insan.
6. Sedekah dijanjikan balasan berlipat kali ganda oleh Allah Azzawajal.
7. Sedekah yg ikhlas akan menjadi penaung dari cahaya matahari dipadang mahsyar kelak.
8. Sedekah mencuci dosa orang yg menghulur sedekah.
9. Sedekah dapat membersihkan jiwa.

dan banyak lagi. Untuk mengikuti huraian tentang sedekah, klik disini Menyingkap Rahsia Sedekah

Peringatan berkenaan Meminta Sedekah
Islam melarang umatnya meminta-minta dan memohon sedekah, malah Islam menekankan umatnya bekerja dan berusaha mencari rezeki dengan titik peluh sendiri.

Rasulullah -Shallallahu alaihi wa sallam- telah memperingatkan akan bahaya atau balasan terhadap orang yang meminta-minta. Bahwasanya Rasulullah -Shallallahu alaihi wa sallam- bersabda:

Tuesday, April 13, 2010

Menyingkap Rahsia Sedekah

Kehidupan manusia sangat sinonim dgn berkehendak kepada harta dan pangkat. Ia satu fitrah bagi manusia kerana harta dijadikan simbol kesenangan. Kegilaan manusia untuk cepat kaya dan mengejar harta menjadi-jadi sampai ada sanggup menipu demi duit.

Benarlah firman Allah:
“Dan sesungguhnya dia (manusia) sangat berlebihan dalam kecintaannya kepada harta.” (QS. Al ‘Adiyat: 8)


Disebabkan kecintaan manusia yg melampau menyebabkan lahirnya sifat bakhil didalam hati mereka, lebih parah bila ianya muncul didalam hati seorang muslim sifat bakhil dan kedekut ini sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menyatakan bahwa berinfaq merupakan salah satu sifat orang-orang yang bertaqwa sebagaimana firman Allah menerangkan ciri-ciri muslim:

“(iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menginfaqkan sebagian rizki yang Kami berikan kepada mereka.” (QS. Al Baqarah: 3)


Allah meletakkan 'infaq' atau 'sedekah' adalah ciri-ciri seorang muslim. Umat Islam dianjurkan bersedekah dan Allah membenci sifat kedekut.

Didalam satu hadis Nabi SAW bersabda:
“Tidaklah ada satu hari pun yang dilalui oleh setiap hamba pada pagi harinya, kecuali ada dua malaikat yang turun, berkata salah satu dari keduanya: Ya Allah berilah orang yang suka menginfaqkan hartanya berupa ganti (dari harta yang diinfaqkan tersebut), dan berkata (malaikat) yang lain: Ya Allah, berilah orang yang kedekut kebinasaan (hartanya).” (HR.Bukhari dan Muslim)

Allah Azzawajal telah berjanji akan menggantikan harta orang yang berinfaq dengan gantian yang lebih baik, sebagaimana dalam firman Allah:

“Dan Apa saja yang kamu infaqkan, niscaya Dia (Allah) akan menggantinya.” (QS. Saba’: 39)