عن أبي ثعلبة الخشني رضي الله عنه قال : قلت يا رسول الله , إنا بأ رض قوم أهل كتاب, أفنأكل في آنيتهم؟ قال : "لاتاكلوا فيها إلا أن لا تجدوا غيرها فاغسلوها وكلوا فيها "
(متفق عليه) .
Makna Hadis :
Dari Abu Sa'labah Al-Khusyani r.a berkata: Aku berkata, "Ya Rasulullah, sesungguhnya kami tinggal dikawasan majoritinya ahli kitab( kristian dan yahudi), Adakah boleh kami makan menggunakan bekas (pinggan mangkuk) mereka? Bersabda Baginda SAW : (( Janganlah kamu makan menggunakannya melainkan tidak terdapat selain daripadanya, maka basuhlah bekas itu dan makan menggunakannya)).
Faedah dari Hadis :
1. Kebencian pada menggunakan bekas makanan orang yahudi dan kristian kerana mereka mungkin menggunakan bekas makanan mereka untuk memakan babi dan meminum arak.
2. Islam agama yang bertoleransi, membenarkan bagi umat Islam memakan menggunakan bekas makanan ahli kitab ini selepas membersihkannya disebabkan darurat.
Diskusi :
Sebagai muslim, menjadi kewajipan bagi kita menjauhi perkara2 syubahat seperti ini, tabiat orang dizaman moden yang tidak mengendahkan pemilihan tempat makan tidak patut diamalkan. Sebaliknya kita harus mengambil ikhtibar dari hadis ini. Jangan menganggap makan dikedai orang kafir sebagai satu trend yang menampakkan anda maju. Orang yang maju adalah orang yang berilmu dan beramal dengannya.
No comments:
Post a Comment