بسم الله الحمن الحيم
Telah bersabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
أكمل المؤمنين إيمانًا أحسنهم خلقًا
“Mukmin yang paling sempurna keimanannya adalah yang paling baik akhlaqnya".
Dikeluarkan oleh Abu Daud, No (3682) di Kitaabus Sunnah, dan Tirmidzi, No (1162) di
Kitaabur Radhaa', dan dalam riwayatnya ada tambahan:" Dan sebaik-baik kalian adalah
yang berbuat baik terhadap kaum wanita ", dan dikeluarkan juga oleh Iman Ahmad di kitab
Al-Musnad (2 / 472), hadits tersebut ada di kitab Shahiihul Jaami', No (1230 , 1232).
Maka org yg mulia akhlaknya adalah dengan meninggalkan kemaksiatan dan kelemahan.
Kesempurnaan Syariat Islam ditinjau dari sisi akhlaknya. Nabi Muhammad telah mengkhabarkan dlm sabda baginda:-
إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق
Ertinya, "sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq yg mulia"
Dikeluarkan oleh Imam Ahmad di kitab Al-Musnad (2 / 381), dan Hakim di kitab Al-
Mustadrok (2 / 613) dan di-shahih-kan olehnya sesuai dengan persyaratan Imam Muslim
serta disepakati oleh Imam Dzahabi. Dan dikeluarkan juga oleh Imam Bukhari di kitab al-
Adabul Mufrad, No (273), Baihaqi (10 / 192), Ibnu Abi Dunya dalam kitab Makaarimul
Akhlaaq, No (13). Berkata Imam Al-Haitsami dalam kitab Majma'uz Zawaa-id (9 / 15):
Diriwayatkan oleh Ahmad, dan para perawinya adalah perawi Shahih. Dan dishahihkan
juga oleh Syaikh Al-Albani dalam kitab Ash-Silsilatush Shahiihah, No (45).
Menyentuh bab akhlaq terbahagi kpd empat:-
1- Akhlaq kepada Allah swt
2-Akhlaq kepada Rasullullah saw
3-Akhlaq kepada saudara semuslim dan saudara bukan muslim
4-Akhlaq terhadap hidupan lain
Dalam penulisan ini, saya hanya ingin menjelaskan 2 konsep akhlaq iaitu akhlaq seorang hamba terhadap penciptanya(ALLAH). dan akhlaq terhadap Rasul s.a.w secara ringkas.
Berakhlaq mulia dalam bermuamalah dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala mencakup tiga perkara:
1. Mengambil kabar-kabar dari Allah Subhanahu wa Ta’ala (AL-QURAN)
dengan cara membenarkannya dgn yakin dan berpegang dengannya.
2. Mengambil hukum-hukum Allah Subhanahu wa Ta’ala
dengan cara melaksanakan dan menerapkannya.
3. Menerima takdir baik dan buruk-Nya dengan penuh sabar
dan ridha.
Khabar dari Allah Subhanahu wa Ta’ala datang dengan ilmu, dan Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah Dzat yang paling benar perkataan-Nya. Sebagaimana yang telah Allah Subhanahu wa Ta’ala firmankan tentang diri-Nya:
ومن أصدق من الله حديثا
"Dan siapakah orang yang lebih benar perkataan(nya) dari pada
Allah ?” (QS. an-Nisaa': 87).
Allah Ta’ala berfirman di dalam Kitab-Nya al-Aziz :
Allah ?” (QS. an-Nisaa': 87).
Allah Ta’ala berfirman di dalam Kitab-Nya al-Aziz :
لكل جعلنا منكم شرعة ومنهاجا
"Untuk tiap-tiap ummat diantara kamu, kami berikan syariat dan manhaj’ (al-Maidah : 48), iaitu : Syariat dan jalan yang terang lagi jelas.
Berakhlak mulia dengan Rasulullah:-
Berakhlak mulia dengan Rasulullah:-
1. Menjadikan Nabi s.a.w sebagai ikutan dan insan yg paling kita cintai.
2. Melaksanakan sunnah(ucapan,perbuatan,takrir,sifat luaran dan dalaman Rasulullah saw) dengan sedaya mampu dan menjauhi amalan yg tidak diajar oleh baginda saw.
3. Tidak menipu Rasulullah saw, iaitu (kita mengatakan sesuatu menyandarkan kepa nabi, tetapi nabi tidak mengatakan hal tersebut). Perbuatan ini dikira menipu rasul. Nabi menegaskan hal ini dalam sabdanya mafhumnya:- "Barangsiapa yg sengaja menipuku maka dia menempah tempat didalam neraka!"
4. Memuliakan sahabat baginda.
Firman Allah:-
"من يطع الرسول فقد اطاع الله"
Artinya: "Barangsiapa yang mentaati Rasul itu, Sesungguhnya ia Telah mentaati Allah. ". (An Nisa' ayat :80)
وما آتاكم الرسول فخذوه، وما نهاكم عنه فانتهوا
"Apa yang diberikan Rasul padamu maka ambillah dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah". (al-Hasyr ayat: 7).
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda :
عليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين المهديين،عضوا عليها بالنواجذ، وإياكم ومحدثات الأمور، فإن كل بدعة ضلالة
"Maka peganglah sunnahku dan sunnah para khalifah yang lurus dan mendapat petunjuk, gigitlah dengan gigi gerahammu, dan jauhilah olehmu perkara-perkara yang baru, karena setiap bid’ah itu sesat".
Imam Ahmad Bin Hanbal – rahimahullah – berkata:
"Barangsiapa yang menolak hadits Nabi Muhammad Shallallahu‘alaihi wa Sallam maka ia berada di tepi jurang kehancuran". (kitab Thabaqatul Hanabilah 2/15 dan al-Ibanah 1/260)
Al Barbahari – rahimahullah – berkata (wafat 329 H):
"Apabila kamu mendengar seseorang menghina tentang riwayat hadits atau ingin mengubah riwayat-riwayat hadits maka ragukanlah keislamannya dan janganlah kamu ragu bahwa ia adalah penganut hawa nafsu (seorang ahli
bid'ah)". (kitab Syarhus Sunnah hal 51).
Imam Malik Bin Anas berkata: -
"Sunnah adalah perahu Nabi Nuh, barang siapa yang menaikinya maka ia akan selamat dan barang siapa yang meninggalkannya maka ia akan tenggelam. (kitab Dzammul Kalam Wa Ahluhu 5/81 cetakan Maktabah darul 'Ulum Wal Hikam).
Orang yg paling bijak adalah org yg menjaga metodenya dalam memahami Islam..
Al Barbahari – rahimahullah – berkata (wafat 329 H):
"Apabila kamu mendengar seseorang menghina tentang riwayat hadits atau ingin mengubah riwayat-riwayat hadits maka ragukanlah keislamannya dan janganlah kamu ragu bahwa ia adalah penganut hawa nafsu (seorang ahli
bid'ah)". (kitab Syarhus Sunnah hal 51).
Imam Malik Bin Anas berkata: -
"Sunnah adalah perahu Nabi Nuh, barang siapa yang menaikinya maka ia akan selamat dan barang siapa yang meninggalkannya maka ia akan tenggelam. (kitab Dzammul Kalam Wa Ahluhu 5/81 cetakan Maktabah darul 'Ulum Wal Hikam).
Orang yg paling bijak adalah org yg menjaga metodenya dalam memahami Islam..
Dengan mempraktiskan akhlak sebegini, insyaAllah kita layak bergelar seorang muslim yg sejati.
No comments:
Post a Comment