Tuesday, December 30, 2008

ALLAH SELAMATKANLAH ISLAM!!!!



Tiga hari berturut-turut umat Islam dihentam dan dibunuh secara kejam dibumi Palestin. Bumi yg pernah menjadi kiblat awal umat Islam sebelum berlaku peristiwa pertukaran kiblat dari Baitulmaqdis ke Baitullahilharam di Mekah kini penuh dengan derita dan kemusnahan. Marilah kita sama-sama doakan moga Allah menghapuskan Yahudi dari bumi umat Islam dan moga Allah memberi kekuatan kepada saudara kita yg sudah tidak keruan dan berjuang dalam tangisan air mata dan darah.
Moga Allah meneguhkan akhidah mereka dan memberikan mereka hidayah dan kesedaran tentang perihal agama Islam.

Saya berjirankan sahabat dari Palestin, beliau dengan sayu menceritakan tentang negaranya dan temannya. Beliau menceritakan penglaman beliau apabila melihat kawan baik yg belajar di satu sekolah agama ditembak sewaktu menunaikan solat. Beliau yg sempat bergurau sebelum kawan beliau menghembus nafas terakhir meraung kesedihan apabila kawan dikasihi mati dibunuh. Beliau menceritakan kawan beliau adalah pelajar terbaik sekolah Agama dan selalu memberi nasihat pada rakan2.
Tanpa disangka permata kesayangan sahabat2 dibunuh sebegitu kejam. Yahudi bukan sahaja membunuh saudaranya malah turut menangkap beliau dan rakan-rakan. Mereka disiksa dengan teruk.

Kawan saya berjaya melepaskan diri dan beliau sekarang meneruskan pelajaran bersama saya di bumi barakah ini bagi membawa dan menjamin Islam di Palestin terus dibela. Beliau terus menerus mencari bantuan dan menghantar ke negaranya, itulah bantuan yg dapat dilakukan oleh beliau disamping mendalami ilmu agama bagi bekalan anak-anak diPalestin.

Saya terlantar sayu memikirkan nasib mereka. Bagaimana kita di Malaysia jika diperlakukan begitu. Sedihnya kita di Malaysia sekarang sudah digelapi dengan dunia hiburan. Ramai orang lebih mengenali penghibur-penghibur tanpa tahu siapakah insan mulia bernama Muhammad dan apakah yg dibawa oleh baginda kepada umatnya.Wahai kawan kawan ku, berikanlah ruang duniamu disinari dengan cahaya Islam. Kembalilah kepada petunjuk Al-quran dan Sunnah baginda Sallallahu alaihiwasallam. Gigitlah ia dengan gigi garhammu. Fahamilah apa itu Islam. Moga kita semua dekat dengan Rab pencipta kita~Allah Maha Pengasih. Tingkatkan lah ketaqwaan moga Allah meneguhkan jiwa kita atas agama-NYA yg mulia.

Ya ALLAH kau peliharakanlah hati kami dan ikatkanlah kami dengan ikatan kebaikan dan teguhkanlah Aqidah kami di atas Aqidah para salafussoleh. Selamatkanlah kami dari keburukan diri kami dan dari azab neraka-Mu.

No comments: