Thursday, February 5, 2009

Hari Kekasih?


Cinta terbina atas satu ikatan yg suci dinamakan pernikahan. Jangan dicemari cinta suci itu dengan perkara yang menyalahi syarak. Cinta bila disalah tafsirkan maka tiada maknanya. Hanya celaka diundang dan neraka diidam.


Pada 14 Februari setiap tahun, suasana muda mudi keluar membeli hadiah dan mewujudkan suasana romantis, membeli coklat, bunga dan macam-macam lagi. Hidup muda mudi dirasa penuh mesra pada hari 14 Februari. Mereka tertipu dengan syaitan yang dihina. Disebalik kegembiraan mereka, sedar tak sedar, mereka sebenarnya dekat dengan kufur dan telah melakukan dosa besar.


SEDIH!!!

Muda mudi menyambut 14 Februari yang dikenali sebagai hari valentine tanpa mengetahui sejarah valentine dan hukum menyambutnya. Hari valentine ini bersempena pesta sambutan kaum Rom kun, ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol, ia diraikan oleh orang kristian bagi paderi mereka yang jatuh cinta dan mati dengan surat terakhir yang tertulis 'from your Valentine'. Walaupun sejarah valentine banyak kisahnya panjang untuk dihuraikan, tetapi boleh disimpulkan dari hari valentine adalah hari mengagung agungkan seorang paderi dan upacara syirik.

Apabila seseorang itu merayakannya bermaksud untuk mengenang kembali peristiwa kematian St. Valentine maka tidak disangsikan lagi bahawa perbuatan tersebut boleh menyebabkan pelakunya terkeluar dari agama Islam. Apabila dia tidak bermaksud sedemikian dan menyambut Hari Valentine sekadar untuk bersuka-ria maka dia sebenarnya telah melakukan suatu kemungkaran yang besar kerana sambutan hari tersebut menyerupai perbuatan golongan yang durhaka kepada Allah S.W.T..

Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal.

Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Syaikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.”


Jadi fikir-fikirkan lah...

No comments: