Wednesday, February 4, 2009
Hidup mati bersama orang yang di Cinta~
Cinta oh cinta... Ungkapan yang manis jika kita mengetahui rahsia disebaliknya...
Dari Anas r.a. dia berkata, "Seorang lelaki mendatangi Rasulullah s.a.w dan berkata, "Wahai Rasulullah, bilakah datangnya kiamat?" Beliau menjawab, "Apa yang telah kamu persiapkan untuk menghadapinya?" Dia menjawab, " Cinta pada Allah dan Rasul-Nya". Kemudian beliau bersabda,
"Sesungguhnya kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai".
Anas r.a. berkata, "Sungguh kami tidak merasakan setelah Islam kegembiraan yang lebih hebat dari ucapan Rasulullah, "Sesungguhnya kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai".
Anas r.a. berkata, "Sesungguhnya aku mencintai Allah dan Rasulnya, serta Abu Bakar dan Umar. Aku berharap agar aku dapat berkumpul dengan mereka meskipun aku belum beramal seperti mereka.
Sabda baginda s.a.w. juga didalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Thabrani dan disahihkan Al-Albani, "Tidaklah seseorang mencintai suatu kaum melainkan dia akan dikumpulkan bersama mereka."
Bahkan orang-orang beriman akan dikumpulkan bersama keturunannya yang mengikuti keimanan di syurga kelak.
Jadi tanamkan kecintaan kita pada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kepada insan tersayang dihati kita. Moga Allah meletakan kita bersama dengan insan yang kita cintai. Yakinilah bahawa setiap percintaan yang timbul kerana Allah akan berkekalan hingga ke syurga. Bebahagialah wahai orang yang saling mencintai kerana Allah. Allah telah berfirman didalam hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, firmanNya:-
Orang-orang yang saling mencintai kerana kebesaran-Ku berada dibawah naungan ArashKu pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Ku.
Sungguh bahagia orang yang berteman dengan orang soleh, bila mana dia diletakkan bersama-sama mereka dihari akhirat.
Wslm..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment