Sebagai seorang muslim yg beriman, seharusnya kita mempunyai prinsip dan dasar dalam beragama. Bagi mengenali apa ciri-ciri seorang muslim yang sebenar, dia haruslah memiliki ciri-ciri berikut:
Ciri-Ciri Seorang Muslim :
1- Menjadikan Al-Qur'an dan sunnah sebagai panduan dan pegangan hidup dalam semua perkara serta mendahulukan kedua-dua rujukan ini dalam segala aspek.
2- Memahami agama ini sesuai dengan pemahaman para sahabat terutama dalam masalah Aqidah.
3- Tidak menjadikan akalnya sebagai landasan utama dalam ber-Aqidah.
4- Sentiasa mengutamakan dakwah kepada tauhid ibadah (Seruan hanya Allah satu-satunya Dzat yang berhak disembah).
5- Tidak berjidal(berdebat) dengan pelaku maksiat, tidak menyertai majlis mereka dan tidak menimba ilmu dari mereka.
6- Bersungguh-sungguh untuk menjaga penyatuan umat Islam serta menyatukan mereka diatas Al-Qur'an dan Sunnah sesuai dengan kefahaman salafus soleh(sahabat Nabi s.a.w, tabi'ein dan tabie' tabi'ein).
7- Menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah dalam ubudiyah dan khuluqiyyah serta amalan harian.
8- Tidak fanatic atau taa'sub kecuali hanya kepada Al-Qur'an dan sunnah
9- Menyeru kepada kebaikan dan mencegahi kemungkaran.
10- Membantah sesiapa yang menyelisihi syariat baik dia seorang muslim atau non-muslim.
11- Membezakan antara kesilapan yang tak disengajakan atau kesilapan sengaja dilakukan atas kejahilan.
12- Sentiasa taat kepada pemimpin kaum muslimin pada kebaikan selagimana dia tidak menyuruh kita melakukan maksiat pd Allah, berdoa untuk mereka serta menasihati mereka dengan cara yang baik dan tidak memberontak atau mencaci-maki mereka.
13- Berdakwah dengan cara hikmah. (maksud hikmah adalah meletakkan sesuatu kena pada tempatnya)
14- Bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu agama yang bersumberkan kepada Al-Qur'an dan sunnah serta kefahaman salaf, sekaligus berpegang bahwa umat ini tidak akan berjaya melainkan dengan ilmu tersebut.
15- Bersemangat dalam menjalankan Tashfiyah (pemurnian Aqidah dari kekototran iaitu syirik,bid'ah, hadits-hadits lemah dan sebagainya) dan Tarbiyah (mendidik umat diatas Islam yang suci terutama dalam bidang tauhid).
1 comment:
Salam warahmatullah..
nk tanya;
KFC pun penyumbang dana kpd israel ke?
sy boikot dari thun lpas..
tapi, kwn2 sume ckp KFC bukan produk israel..
tapi xkisahlah.. sy mmg dah xlalu nk mkn KFC ke McD ke..
trbayangkan drh2 saudara2 kat palestina..
Semoga Allah merahmati kita semua. InsyaAllah..
Post a Comment