Sunday, January 24, 2010

" Ketika kita menjadi pembuka kepada jalan kebaikan". كن مفتاحاً للخير


Saya ingin berkongsi dengan pembaca satu luahan kata-kata yg baik disampaikan oleh seorang ulama yg faqeh, menyeru kepada kebaikan.

Nasihat ini disampaikan oleh Syiekh Abdul Razak bin Abdul Muhsin al-Badr dan diterjemahkan oleh Ustaz Abu Khaleed Resa Gunersa dan dialih bahasa oleh Abu Usamah Masri bin Mohd Ramli kepada bahasa Melayu. Semoga kita mendapat manfaat dari nasihat berguna ini.

Renunglah isi-isi dan noktah-noktah penting dari nasihat beliau dan aplikasikan ke dalam hidup kita, sedar atau tidak hal ini selalu berlaku didalam hidup insan, namun ramai yg kurang mengambil peduli dan tak kurang juga yg tidak langsung tahu . Selamat membaca maqalah ini yg bertajuk " Ketika kita menjadi pembuka kepada jalan kebaikan".

Thursday, January 21, 2010

Terbaik!!!! Kelas Pengajian tentang Jihad

Alhamdulillah.. Mari sama-sama kita mendengar kuliah Agama yang mengulas berkenaan bab Jihad. Disini disertakan 9 siri kelas pengajian tentang Jihad, sebelum berbicara tentang jihad dan berjihad, maka haruslah kita mempelajarinya dahulu.
Berkata Imam Al-Bukhari: "Ilmu itu adalah sebelum kata-kata dan amalan".
 Selamat menonton video dibawah dan selamat belajar.

Mari belajar Manhaj bersama Ustaz Abu Islam

Beikut adalah kelas pengajian tentang Manhaj Islam oleh Ustaz Abu Islam, bersama kita mendengar dan memperolehi manfaat dari rakaman ini. Selamat belajr disini.




Video Manjawab Pembahagian Tauhid kepada tiga

Saturday, January 16, 2010

ENAM PERKARA PENTING DALAM AGAMA


1. Ikhlas dalam agama dan melawan kemusyrikan

Ikhlas menurut Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin iaitu beribadah kepada Allah semata-mata hanya untuk taqarub (mendekatkan diri) kepadaNya dan untuk memperoleh apa yang ada disisiNya. Hal ini dilakukan dengan cara memurnikan tujuan, cinta dan pengangungan hanya hanya kepada Allah juga memurnikan seluruh apa saja yang bersifat lahir maupun batin dalam beribadah tidak dikehendaki dan
diharapkan dari semua itu kecuali hanya redhaNya. Allah berfirman: