Tuesday, November 2, 2010

Sirah Ibrahim a.s dan Syariat Muhammad SAW pada Ibadah Korban

Alhamdulillah, kita sekarang berada didalam bulan Haji yang mana padanya terdapat pelbagai fadhilat dan kebaikan. Malah ia juga merupakan saat-saat yg dinanti oleh orang yang beriman dan berkemampuan untuk melengkapkan rukun ke-lima iaitu melaksanakan ibadah haji.


Malah bulan yang mulia ini juga dihiasi dengan puasa sunnat pada Hari Arafah

Dari Abi Qatadah r.a berkata, Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda :
صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ، أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِيْ قَبْلَهُ، وَ السَّنَةَ الَّتِيْ بَعْدَهُ
“Puasa pada hari ‘Arafah, aku berharap kepada Allah agar menghapuskan (dengannya) dosa-dosa pada tahun lalu dan tahun yang akan datang” (HR.Muslim)
  
Lalu diikuti dengan Hari Raya Haji yang padanya umat Islam menyambutnya dengan penuh kemeriahan. Malah pada hari yg Agung tersebut Allah turunkan syariat korban kepada kita umat Islam. Terlakar kisah sejarah Agung Ibadah Korban didalam Al-Quran yang boleh dijadikan pengajaran bagi umat Islam dan juga sebagai pengutus semangat bagi kita mendirikan ibadah yang mulia ini.


Disini saya muatkan buku bertajuk "Keutamaan 10 Hari Pertama Bulan Dzulhijjah & Tuntunan Qurban" oleh Syaikh Abdullah bin Abdurrahman al-Jibrin dan Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin untuk download klik gambar buku dibawah.


Kisah Penyembelihan 

1-Setelah Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s berpindah dari negeri kaumnya, beliau memohon kepada Allah s.w.t supaya dikurniakan seorang anak yang soleh, lalu Allah s.w.t mengembirakannya dengan mengurniakan seorang anak yang cantik iaitu Nabi Ismail a.s yang dilahirkan ketika Nabi Ibrahim a.s berumur 86 tahun.

Setelah Nabi Ismail a.s meningkat dewasa, Nabi Ibrahim a.s telah bermimpi menyembelih anaknya, dimana telah ditetapkan bahawa mimpi para Nabi adalah Wahyu. Ini merupakan ujian yang besar daripada Allah s.w.t terhadap Nabi Ibrahim a.s sebagaimana firman Allah s.w.t: 

Yang bermaksud: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat di dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu. Lalu Nabi Ismail a.s menjawab sebagaimana firman Allah s.w.t:
Yang bermaksud: Wahai ayahku! Jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya Allah engkau akan mendapati aku dari kalangan orang-orang yang sabar.

Dikatakan kedua-duanya telah berserah diri sebagaimana firman Allah s.w.t:
Yang bermaksud: Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah kami). Setelah kedua-duanya berserah diri untuk menjalankan perintah Allah dan berazam dengan bersungguh-sungguh, Allah s.w.t telah menyeru dan memberikan khabar yang mengembirakan melalui Malaikat. Sebagaimana firman Allah s.w.t:

Yang bermaksud: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu, demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan, sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang yang datang kemudian, salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim, demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha melakukan kebaikan, sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman. 

Setelah tercapai maksud ujian terhadap Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Ismail a.s serta mereka berdua bersegera untuk menunaikan perintah Allah s.w.t lalu Allah Taala mengantikan dengan seekor kibas putih yang mempunyai mata dan tanduk yang sempurna sebagai tebusan daripada menyembelih anaknya. Nabi Ibrahim a.s mendapati kibas tersebut terikat di sebatang pokok berhampiran bukit Thabir lalu menyembelihnya di Mina. Tempat ini telah dijadikan sebagai tempat mengerjakan ibadat Haji dan sunat berkorban bersempena dari peristiwa Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s serta berterusan sehingga kepada nabi kita Muhammad s.a.w.

FirmanAllah:
Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu ( wahai  muhammad ) kebaikan yang banyak ( di dunia dan di akhirat ) oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur) sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya )".( Surah al-Kausar : 1-3  )

Berdasarkan kepada Firman Allah tersebut,  jumhur ulama berpendapat bahawa hukumnya adalah sunat muakad iaitu sunat yang sangat dituntut. Tarafnya lebih tinggi daripada sunat biasa, manakala nilai pahalanya pula lebih besar .

Diikuti Sabda Nabi SAW:, (Maksudnya): " barangsiapa yang mempunyai kelapangan ( mampu ) untuk berkorban tatapi tidak dilakukannya, maka janganlah dia datang mendekati tempat kami bersembahyang ini  ".(riwayat Ahmad dan Ibni Majah)

Ramai dikalangan ulama menyatakan ia sunnat yg dituntut.


Diantaranya menurut Ibnu Taimiyah: “Tidak wajib menyembelih korban, melainkan hanya bagi mereka yang mampu.” (Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, 23/162-164)
Namun, menurut sebahagian ulama'  menyatakan hukumnya adalah lebih kuat (rajih) hukumnya wajib bagi setiap orang Islam yang berdaya (mampu) untuk berkorban. (Ali Hasan al-Halabi, Meneladani Rasulullah Dalam Berhari Raya, m/s. 86)

Dari Hadis ini dapat dibuat kesimpulan, bahawa ibadah korban itu sangat penting sehingga hukumnya  seolah-olah hampir kepada wajib, terutama kepada orang yang berkemampuan yang telah dilimpahkan dengan rezeki kepada mereka. 
 

No comments: