مَا حَجَبَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُنْذُ أَسْلَمْتُ وَلَا رَآنِي إِلَّا تَبَسَّمَ فِي وَجْهِي
“Sejak aku masuk Islam, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah menolak aku untuk duduk bersama beliau. Dan tidaklah beliau melihatku kecuali beliau tersenyum kepadaku.” (HR. Al-Bukhari no. 6089 dan Muslim no. 4523)
Dari Abdullah bin Al Harits bin Jaz`i radhiallahu anhu dia berkata:
مَا رَأَيْتُ أَحَدًا أَكْثَرَ تَبَسُّمًا مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
“Aku tidak pernah melihat seseorang yang paling banyak senyumannya selain Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.” (HR. At-Tirmizi no. 3641)
Jabir bin Samurah radhiallahu anhu berkata menceritakan tentang kebiasaan Rasulullah shallallahu alaihi wasallam:
كَانَ لَا يَقُومُ مِنْ مُصَلَّاهُ الَّذِي يُصَلِّي فِيهِ الصُّبْحَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ فَإِذَا طَلَعَتْ قَامَ وَكَانُوا يَتَحَدَّثُونَ فَيَأْخُذُونَ فِي أَمْرِ الْجَاهِلِيَّةِ فَيَضْحَكُونَ وَيَتَبَسَّمُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
“Beliau biasanya tidak berdiri dari tempat shalat di mana beliau shalat shubuh padanya kecuali setelah terbit matahari. Apabila matahari telah terbit barulah beliau berdiri. Sementara itu para sahabat bercakap-cakap membicarakan kejadian di masa jahiliyah, lalu mereka tertawa, sedangkan beliau hanya tersenyum.” (HR. Muslim no. 2322)
Dari Abu Dzarr radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
تَبَسُّمُكَ فِي وَجْهِ أَخِيكَ لَكَ صَدَقَةٌ وَأَمْرُكَ بِالْمَعْرُوفِ وَنَهْيُكَ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَإِرْشَادُكَ الرَّجُلَ فِي أَرْضِ الضَّلَالِ لَكَ صَدَقَةٌ وَبَصَرُكَ لِلرَّجُلِ الرَّدِيءِ الْبَصَرِ لَكَ صَدَقَةٌ وَإِمَاطَتُكَ الْحَجَرَ وَالشَّوْكَةَ وَالْعَظْمَ عَنْ الطَّرِيقِ لَكَ صَدَقَةٌ وَإِفْرَاغُكَ مِنْ دَلْوِكَ فِي دَلْوِ أَخِيكَ لَكَ صَدَقَةٌ
“Senyummu kepada saudaramu merupakan sedekah, engkau memerintahkan yang ma’ruf dan melarang dari kemungkaran juga sedekah, engkau menunjukkan jalan kepada orang yang tersesat juga sedekah, engkau menuntun orang yang berpenglihatan kabur juga sedekah, menyingkirkan batu, duri, dan tulang dari jalan merupakan sedekah, dan engkau menuangkan air dari embermu ke ember saudaramu juga sedekah.” (HR. At-Tirmizi no. 1956 dan dinyatakan hasan oleh Al-Albani dalam Ash-Shahihah no. 517)
Penjelasan ringkas:
Tersenyum kepada saudara merupakan cara termudah untuk meraih keredhaan hatinya dan menghilangkan semua kebencian dan kedengkian yang ada di dalam hatinya. Oleh itu Rasulullah shallallahu alaihi wasallam menganjurkan supaya tidaklah seorang muslim melihat ke arah saudaranya kecuali dalam keadaan tersenyum, dan baginda SAW sendiri telah melakukan apa yang baginda anjurkan ini. Kerana disamping ia merupakan cara termudah untuk mengeratkan persaudaraan, tersenyum juga merupakan cara termudah untuk mendapatkan pahala dari Allah, kerana setiap senyuman yang kita hadiahkan akan dinilai sebagai sedekah kita kepada saudara kita.
Sungguh ajaibnya ibadah senyum ini, tidaklah dua orang yang bermusuhan saling tersenyum satu sama lain kecuali akan hilang saat itu juga permusuhan yang terjadi di antara mereka, atau sekurang-kurangnya hubungan di antara keduanya akan beransur baik.
Imam Adz-Dzahabi rahimahullah berkata dalam Siyar A’lam An-Nubala` (10/140-141), “Di sini ada yang perlu diingatkan, iaitu bagi orang yang banyak tertawa dan tersenyum sebaiknya dia tidak berlebihan di dalamnya agar dia tidak dijauhi oleh orang lain. Demikian pula bagi orang yang suka bermuka masam dan kurang tersenyum, sebaiknya dia memperbaiki tingkah lakunya dan dia mencela dirinya kerana keburukann tingkah lakunya.Oleh itu segala sesuatu yang menyimpang dari sikap pertengahan (sederhana) adalah tercela.”
Kemudian, selain tersenyum boleh menbuahkan pahala, tersenyum juga boleh mendatangkan dosa, iaitu jika dia tersenyum pada waktu yang salah dan kepada orang yang salah. Misalnya apabila seseorang tersenyum di dalam shalat atau dia tersenyum kepada yang bukan mahramnya. Mengukir senyuman kepada yang bukan mahram, tidak dilihat sebagai kebaikan, malah ia membawa kepada banyak fitnah dan kerosakkan agamanya. Contohnya bila anda mengukir senyuman kepada isteri orang, bukannya kebaikan yg anda terima, malah mungkin padah menimpa anda.
dipetik dan disunting dari sumber http://al-atsariyyah.com/maka-tersenyumlah-%E2%80%A6.html
No comments:
Post a Comment