Friday, January 23, 2009

Ciri-ciri Seorang Muslim

Sebagai seorang muslim yg beriman, seharusnya kita mempunyai prinsip dan dasar dalam beragama. Bagi mengenali apa ciri-ciri seorang muslim yang sebenar, dia haruslah memiliki ciri-ciri berikut:

Friday, January 9, 2009

15 Perkara yg Wajib Umat Islam Tahu

15 Prinsip Dasar (Manhaj) Ahli As-Sunnah Wal Jamaah
(oleh Ust. Ismail Omar)
 

1. Manhaj ar-Rasul dan para Sahabat
ASWJ berpegang teguh kepada manhaj ar-Rasul SAW sewaktu hidupnya dan manhaj para Sahabat selepas darinya. Manhaj itu adalah Al-Quran Al-Karim yang diturunkan oleh Allah kepada Rasul-Nya. Seterusnya Rasul-Nya menerangkan dan menjelaskan kepada sahabat-sahabatnya dalam hadith-hadith sahih. Sekalian Muslimin diarah supaya berpegang teguh kepada keduanya iaitu Al-Quran dan Al-Hadith.

Thursday, January 1, 2009

Dimana Allah?

Ramai masih keliru tentang persoalan 'dimana Allah?'. Manusia selalu bersifat ingin tahu terhadap sesuatu, namun bukan semua perkara kita diberi pengetahuan tentangnya. Allah membataskan ilmu kita mengenai perkara ghaib dan begitu juga dirinya. Allah mengutuskan kepada kita Rasul supaya mengajar manusia kalimah syahadah dan mengajarkan kita Islam supaya kita beriman dengan Allah dan utusanNYA~ Muhammad s.a.w