Sunday, May 23, 2010

19 Perkara yg Merosakan Amalan

1. Kufur, Syirik, Murtad, dan Nifaq.
Wahai orang Muslim, wahai hamba Allah! Ketahuilah, siapa yang mati dalam keadaan kafir atau musyrik atau murtad, maka segala amal baik yg dilakukan tidak ada manfaatnya untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Allah berfirman: "Barangsiapa yang murtad diantara kamu dari agamanya, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya" [Al-Baqarah: 217].
"Barang siapa yang kafir sesudah beriman (tidak menerima hukum-hukum Islam), maka terhapuslah amalannya dan ia diakhirat termasuk orang-orang yang rugi." [Al-Maidah: 5].

Thursday, May 6, 2010

Membedah Pemikiran Salaf

Ciri para ulama salaf dan ciri khas manhaj mereka secara ringkas :

1. I’timâd (berpegangnya) mereka dengan nushus (nash-nash) al-Kitab dan as-Sunnah dengan pemahaman yang shahih mengikut kefahaman salafussoleh, dan interaksi mereka terhadap nash-nash ini yang tercermin dalam kehidupan mereka, baik dalam amal dan ilmu, baik dalam perkataan dan perbuatan, secara zhahir dan bathin, sesuai batasan firman Allah Azza wa Jalla :
وَمَا آَتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا
“Apa saja yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, Maka tinggalkanlah.” (QS al-Hasyr : 7)

2. Niat yang lurus dan tujuan yang baik terhadap semua hal yang mereka lakukan dan yang mereka tinggalkan. Disertai dengan kesabaran, hikmah dan al-Mau’izhah al-Ĥasanah (pelajaran/nasehat yang baik) yang dianggap merupakan asas utama di dalam menegakkan dakwah Islam.

Perangkap Syaitan dan Cara Melepasinya

Ibnu Qoyyim Al-Jauziyah menyebutkan ada  enam tahap yang dilalui perjalanan dakwah setan iaitu:

Tahap pertama 
Pengkafiran atau pemusyirikan manusia. Jika yang didakwahi itu dari kalangan muslimin, maka setan akan melangkah ketahapan dakwah berikutnya.

Tahap kedua
Pembid’ahan. Iaitu menjadikan menusia sebagai Ahlul bid’ah. Seandainya yang diajak mengikutinya dari kalangan Ahli Sunnah, maka dimulailah tahap ketiga.

Sunday, May 2, 2010

Duduk dikuburan, boleh atau tidak?

Assalamualaikum w.bt  
Saya terpanggil utk menjawab satu soalan yg ditanya dari seorang teman iaitu mengenai duduk diatas tanah kubur, bagaimana hukumnya?

Didalam kehidupan seharian kita sebagai muslim,kita beriman bahawa setiap yg hidup pasti akan mati dan setiap yg mati pasti akan dibangkitkan semula dipadang mahsyar. Kita juga beriman akan kewujudan alam ghaib dan hari khiamat. Kita dibatasi penglihatan dan pendengar mengenai alam ghaib melainkan apa yg diberitakan oleh Allah melalui Rasul-Nya.

Kita dapati bahawa amalan menziarahi kubur ini dapat mengingatkan kita tentang kematian dan negeri akhirat yang padanya mempunyai pelbagai pengajaran dan menimbulkan keinsafan. Ia juga mengigatkan kesudahan kita sama ada neraka atau syurga diakhirat nanti.