Tuesday, May 13, 2008

Kepercayaan adanya pengaruh bintang dan planet terhadap berbagai kejadian dan kehidupan manusia.



Dari Zaid bin Khalid Al Juhani, Ia berkata: Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam shalat bersama kami, shalat subuh di Hudaibiyah – Di mana masih ada bekas hujan yang turun di malam harinya- setelah beranjak beliau menghadap para sahabatnya seraya berkata:

“Apakah kamu mengetahui apa yang difirmankan oleh Rabb (Allah) ke atas kamu? Mereka menjawab : “ Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui”. Allah berfirman : Pagi ini di antara hambaKu ada yang beriman kepadaKu dan ada pula yang kafir. Adapun orang yang berkata: kami diberi hujan dengan kurnia Allah dan rahmatNya maka dia beriman kepadaKu dan kafir terhadap bintang. Adapun orang yang berkata: (hujan ini turun) karena bintang ini dan bintang itu maka dia telah kufur kepadaKu dan beriman kepada bintang” (HR Al Bukhari, lihat Fathul Baari : 2/ 333).

Saturday, May 3, 2008

Kesempurnaan Muslim

بسم الله الحمن الحيم

Telah bersabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
أكمل المؤمنين إيمانًا أحسنهم خلقًا

“Mukmin yang paling sempurna keimanannya adalah yang  paling baik akhlaqnya".
Dikeluarkan oleh Abu Daud, No (3682) di Kitaabus Sunnah, dan Tirmidzi, No (1162) di
Kitaabur Radhaa', dan dalam riwayatnya ada tambahan:" Dan sebaik-baik kalian adalah
yang berbuat baik terhadap kaum wanita ", dan dikeluarkan juga oleh Iman Ahmad di kitab
Al-Musnad (2 / 472), hadits tersebut ada di kitab Shahiihul Jaami', No (1230 , 1232).



Maka org yg mulia akhlaknya adalah dengan meninggalkan kemaksiatan dan kelemahan.

Tuesday, April 1, 2008

Hadis Pilihan

عن أبي ثعلبة الخشني رضي الله عنه قال : قلت يا رسول الله , إنا بأ رض قوم أهل كتاب, أفنأكل في آنيتهم؟ قال : "لاتاكلوا فيها إلا أن لا تجدوا غيرها فاغسلوها وكلوا فيها "

(متفق عليه) .


Makna Hadis :

Dari Abu Sa'labah Al-Khusyani r.a berkata: Aku berkata, "Ya Rasulullah, sesungguhnya kami tinggal dikawasan majoritinya ahli kitab( kristian dan yahudi), Adakah boleh kami makan menggunakan bekas (pinggan mangkuk) mereka? Bersabda Baginda SAW : (( Janganlah kamu makan menggunakannya melainkan tidak terdapat selain daripadanya, maka basuhlah bekas itu dan makan menggunakannya)).

Faedah dari Hadis :

1. Kebencian pada menggunakan bekas makanan orang yahudi dan kristian kerana mereka mungkin menggunakan bekas makanan mereka untuk memakan babi dan meminum arak.
2. Islam agama yang bertoleransi, membenarkan bagi umat Islam memakan menggunakan bekas makanan ahli kitab ini selepas membersihkannya disebabkan darurat.


Diskusi :

Sebagai muslim, menjadi kewajipan bagi kita menjauhi perkara2 syubahat seperti ini, tabiat orang dizaman moden yang tidak mengendahkan pemilihan tempat makan tidak patut diamalkan. Sebaliknya kita harus mengambil ikhtibar dari hadis ini. Jangan menganggap makan dikedai orang kafir sebagai satu trend yang menampakkan anda maju. Orang yang maju adalah orang yang berilmu dan beramal dengannya.

Saturday, March 15, 2008

Hadis Pilihan

Hadis Qudsi:-

Dari Abi Hurairah r.a. beliau berkata: Sabda Rasulullah S.A.W:-
"Sesungguhnya amalan seorang hamba yang pertama sekali dihisab ialah sembahyangnya. Sekiranya sembahyang itu bagus, mka dia berjaya. Tetapi jika sembahyang itu rosak, maka dia rugi. Sekira ada apa-apa kekurangan didalam kewajipannya(solat) maka Allah Azza Wajal mengatakan:- Perhatikan apakah hamba aku mempunyai sembahyang sunnat yang boleh dia menyempurnakan kekurangannyadidalam solat fardhu. Segala amalannya yang lain akan diadili seperti itu.

Diriwayatkan oleh al-Tarmizi (demikian juga Abu Daud, Al-Nasaai, Ibn Majah dan Ahmad)
Lihat Ahmad Syakir "sunan Al-Tarmizi" hadith 413 juzuk 2, hal 271 mengatakan hadith ini "hassan"Disahihkan oleh Albani dalam "Mishkat Al-Masabih" hadith 1330-1331, juzuk 1, hal 419.

Sunday, December 30, 2007

Seruan Cahaya Islam

Sejak bermulanya dakwah Islam yang dibawa oleh junjungan besar NabiMuhammad SAW pasti di sana adanya penentangan dan percubaan yang ingin menjatuhkannya.

Kaum Kafir Quraisy yang sentiasa ingin memerangi perjuangan baginda, puak-puak munafiq yang sentiasa mencari jalan untukmenjatuhkan Islam di atas nama Islam. Kesemua penentangan ini hanya disebabkan ungkapan kalimah tauhid yang diperjuangkan oleh Nabi SAW,“Lailaha illallah (tiada ILLAH yg berhak disembah dengan benar melainkan ALLAH)”.